Monday, June 29, 2009

Dan Sebenarnya.... Yuna

DAN SEBENARNYA -YUNA
Oh bulan enggan melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio
Seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya
Cinta yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya
Cinta yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya

Adakah perasaaan benci ini sebenarnya
Cinta yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Oh.... Oh....
Dan sebenarnya
Dan sebenarnya
Aku rindu

Dan sebenarnya
Dan sebenarnya
Aku tak mampu
Tanpamu...

Monday, June 22, 2009

Lega...

20hb June...berlangsungnya Seminar Jana Wang dengan Menulis di Vistana Hotel. Aku berbangga menjadi salah seorang peserta seminar. Bangga wei...

Tetapi sehari sebelum itu aku rasa lega kerana masalah yang mengharu biru yang berlaku pada hari itu selesai dengan baiknya...Huh lega sangat..

Pasal seminar...seramai 50 orang peserta menghadirinya. Majoriti peserta adalah dari institusi pengajian (pensyarah la tu), Maktab (pensyarah juga), ushawan, doktor, ustaz dan yang sejawatan dengannya. Aku hanya sekadar semut merah..hahahah memang kecil sungguh aku jika hendak dibandingkan mereka...Bagai bumi dan planet pluto...Kemudian soalan yang di kemukakan sungguhlah ilmiah. Malahan buku yang dirancang hendak di tulis juga buku-buku non-fiksyen atau buku-buku ilmiah berbeza sungguh dengan aku yang hendak menulis buku buku fiksyen, buku kanak-kanak atau buku fantasi....
Heheheheh tiba-tiba rasa rendah diri pula...tetapi kalau semua orang tulis buku serius siapa pula yang akan tulis buku tidak berunsur serius...orang itu adalah aku...heheheh IT'S ME! yes...yes...sebab itulah kena tulis juga....

Thursday, June 18, 2009

Errr....hmmm....ArrrrrGGGhhhh......

Itulah tajuk perbincangan kali ini...

Hahahahah itulah perasaan aku sekarang. Sudah enam bulan berlalu baru hari ini hendak bertanya...Itulah dulu masa mula-mula tak nak tanya...COOL ler kononnya...Sabar...tak nak tunjuk gelojoh...Ha sekarang padan muka ...sudi-sudilah gelak bersama...

Sakit hati...nak buat camno...tak ada masalah...cari masalah...jadi bila masalah dengan gembiranya datang..marah lak...salah ker masalah tu...tak SALAH AKU...Eiiii cam nak give up pun ada gak...nak nangis pun ada gak... tapi apa-apa pun perkara dah berlaku...pengajaran lain kali jangan ingat rasa cam COOL jer...

Tetapi satu panggilan telefon yang diterima melegakan walaupun tidak menyelesaikan masalah...seorang kawan janji akan cuba membantu...Oh CUBA MEMBANTU...perkataan ini melegakan 70% perasaan yang tadinya berserabut. (mana tak berserabut...hari ini sedang sibuk buat tender proposal....)Thanks kawan...jasamu akan ku kenang....

Wednesday, June 10, 2009

Bermulanya sebuah pengembaraan...

Bermulanya sebuah pengembaraan...

Pengembaraan yang bakal di ketuai oleh seorang lanun...bersendirian tanpa konco-konconya menyelesaikan satu misi. (Walaupun lanun selalu dikaitan dengan kejahatan..err tak salah kalau sekali sekala lanun diberikan watak baik)

Pengembaraan ini bukan untuk menyelamatkan tuan puteri yang telah di culik dan di kurung dalam menara tinggi. Ianya adalah pengembaraan untuk menyelamatkan seluruh umat manusia dari kemusnahan. Bukan sedikit nyawa yang bakal menjadi korban. Tegarkah dia tinggal sendirian di dunia...Ya hanya dia... tanpa sesiapa...

Tuesday, June 9, 2009

Kursus Terjemahan...

Akhirnya tercapai juga impian untuk menyertai kursus terjemahan...Oppss bukan terjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia, tetapi dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia.

Kenapa Bahasa Indonesia...sebabnya...walaupun selalu tengok sinetron tetapi ada bahasa yang digunakan tidak pernah tercatit dalam kamus ertinya menggunakan bahasa pasar. Jadi ada kemungkinan ada sedikit kesukaran apabila membaca karya-karya penulis terkenal daripada Indonesia.

Cara yang paling mudah adalah membaca buku terjemahannya. Jadi ini adalah salah satu sebab mengapa teringin benar untuk menyertai kursus ini selain menambahkan ilmu. Seronok juga setelah sekian lama tidak menyertai kursus...otak pun beku sebab tiada aktiviti...

Thursday, June 4, 2009

Marah jangan lama-lama

Semalam memang macam meletus-letus memercikkan api ke merata-rata tempat. Marah, geram....heeeiiiii tetapi itu semalam. Hari ini seakan segala-galanya reda, sejuk sahaja

Yelah hendak marah lama-lama pun buat apa!. Buat sakit jiwa saja. Akhirnya kita juga yang sakit jantung lepas tu masuk hospital...orang yang di marah...senang hati cam takde perasaan saja.
Jadi apa gunanya marah berpanjangan. Bukan boleh selesaikan masalah pun. Pagi ini kerja macam biasa....

Wednesday, June 3, 2009

Ha...apa!...dah berhenti!...bila?

Itulah yang terjadi kepada diriku ini. Sungguh tidak ku sangka cicak
menjadi raksaksa yang ganas dengan matanya hampir sebesar aku...huhuhu
...huh!
Mana tidaknya aku terkejut...dia pergi tanpa sepatah kata. Tiada langsung membayang-bayangkan dia akan mengucapkan selamat tinggal...
Bukan marah (tetapi rasa geram tetap ada...aku manusia biasa)
...tetapi kita sebagai orang timur yang penuh dengan adap sopan, patut memberitahu orang yang kita akan tinggalkan. Lagipun persahabatan baharu sahaja mula terjalin. Menghilang begitu sahaja tentu menimbulkan tanda tanya dan syak wasangka.

Hmmm mungkin dia tidak mahu berterus terang atau terlupa...Tidak mungkin kerana aku patut dan perlu tahu. Sekarang siapa yang susah...AKU...sebabnya terpaksa bermula dari awal. Mencari dengan siapa patut berurusan. Yang membantu sekadar memberitahu, mereka sementara sahaja melakukan kerja itu sementara menanti penjawat baru datang.

Aduhhh sakit kepala. Kadang kala ini terjadi juga walaupun selama ini aku berhati-hati dengan apa jua urusan. Tetapi kuasa Allah tiada siapa mampu menandinginya.

Tuesday, June 2, 2009

Sibuk...

Aduih sejak dua menjak ini sibuk sahaja. Sibuk pasal apa...entahlah...tapi memang sibuk sangat sampai tidak sempat untuk mengupdate blog...pssttt walaupun idea untuk blog sudah melimpah-limpah...cewahhh...
Keja ofis...takde la banyak mana...ohohoh...baru teringat sebenarnya entah mengapa tiba-tiba semua mentol menyala dengan terang benderang...menggunakan mentol life saver lagi..jadi setiap ada kesempatan...terus sahaja menyambung cerita yang tertinggal...
Ooooh seronoknya..sebab ada kesempatan untuk menulis....dalam suasana impian...
Jadi hari itu selepas selesai menjemur pakaian...

aku membawa laptop di bawah pokok...dan mulai menaip cerita...baris demi baris...

Cerita cinta perlu di anyam sebaik mungkin...Cinta tidak semestinya bersatu tetapi cinta perlu diakhiri dengan kebahagiaan untuk selama-lamanya....