Monday, March 29, 2010

Coret – Coret PBAKL 2010



Kisah 1
"Kak…Kak ambillah buku ini, sedekah ikhlas untuk anak-anak yatim,” kata seorang wanita sambil menghulurkan sebuah buku.
Wanita yang di panggil kakak tersenyum sambil menggeleng dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu.
Wanita yang menjual buku menghampiri kawannya lalu berkata dengan suara tinggi,”Beli buku mahal dan banyak-banyak boleh pula,”
Wanita yang di panggil kakak terasa. Tetapi dia tidak mahu menjawap. Sekadar meneruskan perjalanannya.


Kisah 2
Seorang bapa menolak kereta sorong anaknya. Keadaan yang sesak dengan pengunjung menyebabkan si bapa begitu berhati-hati sekali.
“Sudah tahu keadaan sesak masih juga mahu bawa budak-budak kecil,” rungut satu suara daripada belakang.
Si bapa tidak membalas. Tetapi hatinya berkata,”Saya tidak ada pembantu rumah dan tiada saudara mara yang tinggal berhampiran untuk membantu menjaga anak-anak sementara saya memilih buku.”
Suara di belakang masih merungut-rungut tidak puas hati. Tetapi si bapa tetap dengan tenang menolak kereta sorong anaknya.


Kisah 3
Pengumuman tentang pelancaran buku baru. Pengunjung berpusu-pusu masuk ke booth hendak melihat buku yang bakal di lancarkan. Seorang wanita segera mendapatkan petugas booth lalu bertanya di manakah rak buku baru tersebut kerana dia hendak membeli buku tersebut.
“Buku itu ada di pentas tempat di mana di lancarkan, ” jawap si petugas.
Wanita itu kehairanan. Kenapa pula di letakkan di sana? Bukankah mudah jika buku tersebut di letak sahaja di booth. Pengunjung a.k.a pelanggan akan mencarinya di booth bukan di atas pentas?. Malas hendak bertanya lebih lanjut kerana petugas itu nampaknya tidak tahu di mana buku tersebut.

Monday, March 22, 2010

PBAKL 2010 dan Perjumpaan RF






Gambar-gambar semasa Perjumpaan RF...

22 Mac 2010 pertama kali RF mengadakan perjumpaan. Aku bukan penulis RF pun saja menyibuk nak ikut jugak…

Tak ada rancang khusus…cuma sesi perjumpaan pukul 2 ptg di Foodcourt Mall…

Jadi seawal pukul 10pagi aku, hubby dan anak-anak dah sampai PWTC. Ingatkan kami awal…tapi ada lagi awal…Gerai PTS pun sudah penuh dengan pengunjung semasa kami sampai.

Bertemu dengan Fadilah Maarif (ahli AVA) tapi dia sudah selesai membeli belah dan hendak balik semasa kami sampai.

Tiba-tiba nampak seseorang. Macam terhenti masa semasa memandang orang itu. Si dia pun berhenti juga. Otak kirim mesej…”macam pernah jumpa!” tapi siapa dan di mana?. Beritahu hubby, rasanya saya kenal si dia…

Ok selesai PTS, terus pergi gerai Jemari Seni. Selepas pilih buku dan bayar terus sms Farah beritahu kitaorang makan dulu sebab anak2 dah lapar.

Masa sampai KFC masih ada tempat kosong. Orang belum ramai lagi. Makan sementara tunggu pukul 2. Kemudian merayau-rayau sekitar Mall. Teringat kenangan semasa tahun 1995 -1997 di tingkat 32 Putra Place…

Jue sms kata dah ada kat foodcourt. Turun eskalator dan terus gi foodcourt…sampai foodcourt cari Jue dan geng….terus senyum sebaik nampak….

Laaaa Anita Aruszi rupanya…aduih puas la dok fikir siapakah dia ni…sama-sama gelak ngan Anita sebab dia pun rupanya tengah fikir sapa aku….lawak tul…Dalam sibuk berbual, Rose Harissa dan Kak Lily Haslina pun datang…makin lama group makin ramai dan meriah….

Oppss tak sempat nak kenal semua…tapi banyak cerita yang di kongsi…Apa pun rasa puas hati dengan perjumpaan ini…Farah…lain kali organise lagi yer…hehehehehe

Wednesday, March 3, 2010

Kakak

Oh…

Petang 1 Mac ambil kakak dan adik daripada rumah pengasuh. Sebaik sampai depan pintu pagar, kakak dah tunjuk muka 18… hmm adalah tak kena kat mana-mana…

“Mama, teacher kata kakak bodoh,” kata kakak sebaik sahaja aku masuk dalam kereta.

Muka kakak dah lain macam…hujan akan turun sebentar lagi…

“Kenapa pula teacher kata kakak bodoh?. Kakak main-main dalam kelas ya?” soal ku.

“Mana ada main-main?” nada suara sudah semakin sedih.

“Kakak berbual-bual ya, masa teacher suruh buat kerja?” menyoal lagi.

“Ya kakak berbual sikit tapi kakak siapkan kerja,” airmata sudah mengalir.

“Mungkin teacher bukan cakap dengan kakak, tapi cakap dengan semua pelajar dalam kelas,” cuba mencari maklumat.

“Tidak…teacher tunjuk kakak,” tinggi sikit suaranya.

“Ok, jangan nangis, esok mama jumpa teacher tanya,” cuba memujuk.

Kakak sudah tidak menangis. Tetapi sesuatu yang berbeza. Sampai rumah terus tengok tv, rutin semasa hari sekolah sampai rumah terus tenguk buku atau buat latihan.

Esok pagi semasa hantar kakak sekolah, terus jumpa guru kelas untuk bayar yuran. Masa itu kakak sudah menangis tidak mahu sekolah. Aduh susah ni…nasib baik guru kelas pandai pujuk.

Masa di hospital semasa menunggu doktor teacher telefon. Menerangkan apa yang berlaku. Dalam masa yang sama teacher mengakui dia ada mengatakan seorang pelajar bodoh tetapi bukan kakak. Tetapi aku terpaksa meminta untuk memutuskan talian dan menghubungi teacher semula kerana doktor sudah berdiri di hadapan untuk melihat luka sebelum di cuci.

Tapi sehingga hari ini aku tidak telefon teacher semula. Tetapi hanya meminta kakak membuat lebih banyak latihan menulis, membaca, mengira. Komen… tiada. Matlamat hanya mahu kakak lebih baik…