Wednesday, August 26, 2009

Alhamdullillah...

Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi.

Itu yang terlafaz sebaik sahaja membaca satu email pagi tadi. Rasa gembira dan tidak percaya sama sekali. Tetapi itulah kenyataannya. Ada rezeki untuk anak-anak menjelang hari raya nanti walaupun tidak semewah orang lain, tetapi cukup untuk mereka.



Aku pula...sudah tentu gembira...dan tiba-tiba semangat berkobar-kobar. Kata Mr PM, mama senyum sampai ke telinga hari ini...hehehehe...ini adalah tahun ke 2 menerima rezeki tetapi masih rasa teruja yang amat sangat...sebabnya...hasil usaha yang satu masa dahulu orang pandang rendah...tersenyum sinis bila diberitahu kerana mereka tidak percaya...tetapi rezeki daripada Allah.

Alhamdullilah...syukur

Thursday, August 20, 2009

Bulan Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan menjelma lagi. Sesetengah orang mula merancang perubahan dalam hidup. Merasakan Ramadhan adalah bulan yang paling sesuai untuk memulakannya. Teringat 3 tahun yang lalu, semasa bulan Ramadhan bertungkus lumus menyiapkan novel pertama "Impian Bintang". Selalunya akan terus membuka notebook sebelum, semasa dan selepas sahur. Kiranya bangun seawal yang mungkin. Membuat dua kerja sekaligus. Menaip cerita dan memasak makanan untuk sahur. Matlamat dalam bulan puasa perlu siapkan novel ini. Mesti...Mesti...itu yang selalu di katakan. Kenangan sungguh, tahun lepas, juga bertungkus lumus menyiapkan novel "Biar Betul! Atuk" (tertangguh kerana pregnant)juga semasa bulan puasa. Akhirnya siap. Alhamdullilah.

Tahun ini, bercadang hendak menyiapkan beberapa buah buku. Mungkin masa sahur masa yang paling sesuai untuk menulis. Semoga segalanya di permudahkan dalam bulan yang mulia dan penuh dengan rahmat ini.

Selamat berpuasa semua dan semoga ibadah puasa kita lebih baik daripada tahun sebelumnya...

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali...

Pergi Tak Kembali
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tuesday, August 4, 2009

Betul...betul tak faham

Di syaki dijangkiti virus H1N1, selepas berjumpa dengan doktor di sebuah klinik swasta. Apa yang menyedihkan, walaupun baru disyaki, orang itu datang juga ke pejabat (atas alasan...mungkin nak bodek bos tunjuk walaupun sakit masih ada semangat kerja atau memang tut..tut..tut).

Dalam keadaan bersin dan batuk, cuba juga berkomunikasi dengan rakan sepejabat. Tunjuk gagah hendak bekerja. Bos pula...oh tak perlu kuarantin kerana kita tidak tinggal dekat dengan dia(?). Doktor sudah memberi cuti sakit selama 2 hari dan jika hari kedua masih belum ada perubahan maka dia dinasihatkan supaya pergi ke hospital. Maka masih ke pejabat pada hari kedua. Selepas lunch baharulah hendak pergi ke hospital...Ishhh geramnya...langsung tak sensitif. Kemudian tidak pula pakai topeng...mungkin malu dengan peserta training...Eh kalau malu duduk la rumah lagipun doktor dah bagi 2 hari mc...menyusahkan orang betul...

Belon Udara Panas

2 Aug 2009 - Kami sekeluarga ke Putrajaya awal pagi. (Err tidaklah awal sangat sekadar sampai di sana sebelum pukul 9.00pagi). Tujuan utamanya adalah untuk menaiki belon udara bersempena Pesta Bunga di sana.
.

Semasa kami beratur untuk membeli tiket, ada dua keluarga yang masih belum dapat membeli tiket, alasan yang di berikan, angin kuat jadi kemungkinan tiket tidak akan dijual kerana belon sukar terbang dengan angin kuat. Tengah hari pula aktiviti akan dihentikan kerana panas... Anak-anak sudah mula tunjuk muka 14 kerana mereka menyimpan hasrat untuk menaiki belon tersebut.

Rezeki kami agaknya, tidak lama kemudian ada panggilan telefon yang memberitahu bahawa tiket boleh terus di jual. Maka aku ditugaskan menemani anak-anak menaiki belon. Pilihan mereka ada belon udara dalam gambar kerana belon ini besar dan cantik berbanding yang lain...

Tetapi gambar dalam bakul belon takde...sbb asyik pegang anak perempuan yang gayat....heheheh