Wednesday, December 21, 2011

Sibuk..sibuk…sibuk




Sibuk…klise saja bunyinya! Eh..takkan sudah hampir hujung tahun masih sibuk. Orang sudah masuk mood holiday dan sudah terbayang cuti-cuti Malaysia…kita masih sibuk dengan kerja yang belum selesai. Aduh…badan sudah mula menghantar signal pada otak…rehat..rehat..rehat atau saya akan memberontak…

Macam mana ya…harapkan cuti hujung minggu di tambah isnin cuti ganti…tapi macam ada sahaja kerja yang tidak selesai…oh tidak…kena tambah supplement dan berdoa supaya badan tidak memberontak sehingga 29 Disember….


Tuesday, December 20, 2011

Baby baru...Alhamudillah



Syukur dengan kelahiran baby baru ini. Ada banyak cerita pahit dan manis disebalik kelahirannya namun saya tetap gembira dan berharap ada yang sudi membawanya pulang untuk dijadikan teman. Kepada yang sudi membawanya pulang, saya mengucapkan ribuan terima kasih, dengan doa semoga suatu masa nanti kita boleh menjadi kawan.

Wednesday, December 14, 2011

Grrrr…Sabar!



Insiden 1

Kita suka bergurau. Adakalanya gurauan itu kasar pada pandangan orang lain. Tetapi kita anggap biasa kerana orang yang kita usik hanya tersenyum dan tidak pun meluahkan rasa sakit hati atas gurauan kita.

Suatu hari Si D yang biasa kita usik dengan gurauan mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan gurauan kita.

Reaksi kita?

Insiden 2

Kita dan Si G sudah lama berkawan hingga adakalanya kita melakukan sesuatu diluar batas seorang kawan. Namun Si G jarang sekali memberi komen yang tidak baik tentang kita. Jadi kita beranggapan Si G senang atau tidak kisah dengan sikap kita. 

Hingga suatu hari si G bersikap selamba dan langsung berusaha menjauhkan diri daripada kita secara tiba-tiba.

Terfikirkah kita bahawa kawan-kawan ini sebenarnya sudah lama menyimpan rasa tidak senang dengan sikap kita. Hanya kerana mereka senyum dan tidak memberi komen yang buruk tentang kita, tidak bermakna mereka suka dengan sikap kita.

Hanya kita kadangkala mengambil kesempatan atas nama kawan untuk melakukan sesuatu yang tidak kawan kita sukai.

Thursday, December 8, 2011

Kecewakah?



Hujung tahun selalunya masa pekerja mengira sumbangan (tidak kira ikhlas atau tidak!) yang telah dilakukan kepada syarikat untuk diterjemahkan ke dalam bentuk wang ringgit. Kemudian selepas berhempas pulas mengisi borang yang telah disediakan oleh pihak HR, maka borang itu diserahkan kepada ketua jabatan untuk tanda tangan pengesahan. Ya, sebab dengan tanda tangan itu pekerja sudah boleh mengira bonusnya. Tapi itu kalau ketua jabatan yang ‘baik hati’ bagaimana kalau yang mengadakan sesi ‘soal siasat’ atau sesi ‘balas dendam’ alamat habislah bonus tahun itu…atau mungkin diberi hanya ‘cukup makan’. Jadi kecewakah kita? Tahun hadapan bagaimana? Perlukah mengemaskini resume untuk mencari tempat baru?



Hujung tahun juga masa untuk penulis bertungkus dan berlumus menyiapkan manuskrip yang telah diluluskan. Penulis juga dalam masa yang sama berfikir, wah tahun ini ada 50 buah buku bakal terbit dan sudah terbayang berapa banyak habuan tahun hadapan. Dalam masa penulis mengira-ngira habuan, penulis menanti surat chenta daripada editor, namun hingga tarikh 31 Disember tidak ada sebuah pun buku terbit. Kecewakah kita?  Apakah rancangan seterusnya? Cari penerbit baru?

Tuesday, December 6, 2011

Akhirnya---





3 Dec 2011 Tahniah kepada Kamil dan Hasni kerana selamat menjadi pasangan suami isteri. Syukur kerana semuanya dipermudahkan. 
Ayong sentiasa mendoakan semoga segalanya berjalan dengan lancar selepas kejadian yang tidak disangka berlaku. Ya, dua minggu sebelum majlis pernikahan mak dimasukkan kedalam wad untuk pemantauan kerana masalah jantung. Kita semua risau dan bimbang. Kebimbangan mulai berkurangan bila mak keluar hospital dan kita langsung tidak menjangkakan ada lagi dugaan selepas itu. Seminggu sebelum majlis, abah pula dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah terlalu rendah dan kandungan gula dalam darah terlalu tinggi. Masa ini rasa bimbang berlipat ganda kerana keadaan abah yang terlalu lemah. Tapi itu semua dugaan dan sudah tentu ada hikmahnya untuk kita semua.
                Walaupun sudah membuat persiapan awal untuk bersama pada majlis pernikahan, tetapi Allah lebih mengetahuinya. Tidak mengapa, ayong akan cuba lakukan terbaik untuk majlis yang bakal diadakan dirumah kita nanti. Apa pun selamat menempuh hidup baru dan sentiasa belajar untuk memperbaiki sebarang kekurangan yang kita temui...