Monday, April 23, 2012

Promosi....Promosi


Gigi cantik dan bersinar-sinar? Ingin jadi duta gigi?, apa rahsianya? Berus gigi 6 kali seharikah? Jangan bimbang Nomi bermurah hati berkongsi rahsia dengan kawan-kawan…jadi bawalah Nomi Duta Gigi pulang bersama kawan-kawan 


 

Makan mi goreng boleh dapat kuasa? Kuasa yang bagaimana? Hebatkah ada kuasa? Mari bersama Asfa Heroin Mi Goreng berkongsi kuasa bersama demi menjaga keamanan dunia.



 





Sukarkah jika mahu menjadi seorang usahawan? Wafiy, Dania, Danish dan Darwish sedia berkongsi rahsia kejayaan mereka dalam Ais Tanpa Krim.



Semua orang adalah puteri (gadis sahaja!). Wafiya dengan rendah hati mahu berkongsi pengalaman ini dengan kawan-kawan. Jadi jangan malu-malu mengajak Wafiya Puteri Kota Cinta pulang bersama-sama.





Ingin tahu perasaan menjadi ahli nujum? Mari berkongsi rasa itu dengan Zuana dalam Nujum Cik Belalang. Cetuskan rasa cemburu kawan-kawan dengan kebolehan yang anda miliki :)


Bacakan Saya Satu Cerita adalah kompilasi cerita-cerita asal daripada penulis. Cerita-ceritanya menarik kerana tidak pernah ada tercatit dalam mana-mana buku sebelum ini. Pasti ada yang cemburu jika melihat anda berjaya membawa buku ini.:)

Fikir jangan tak fikir



“Buat apa hendak balik cepat?”
“Kemas rumah, iron baju…,”
“Huh macam ramai anak jer nak buat semua tu. Esok boleh buat kan?”

“Tulis buku apa sekarang?”
“Belum mula lagi. Tak sempat. Tak ada masa,”
“Eh, kau duduk rumah, patutnya boleh tulis banyak buku. Bukan macam aku yang kerja pagi sampai petang,”



“Ingat hendak pergi jualan gudang beli baju sekolah anak,”
“Jualan gudang?. Gaya tak mampu je, padahal anak sorang je,”

“Penatnya,”
“Eh, keja senang pun mengeluh, lain la macam kitaorg ni kena cari sales,”

Pernah dengar atau pernah cakap dengan sesiapa?
Pernah fikir tak, bahawa setiap orang ada masalah sendiri?
Pernah fikir tak?
Jadi belajarlah berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata….

Monday, April 16, 2012

Kenangan



Teringat satu kisah tentang kawan sekelas yang cantik. Dia boleh dikategorikan sebagai ratu sekolah kerana kecantikkannya. Kulitnya yang putih mulus dan tutur kata yang sopan dan terkenal dengan sikap lemah lembutnya. Ramai juga pelajar lelaki yang terjatuh cinta dengannya. Tapi yang hairan dia selalu tenang bila ada yang mengirimkan surat cinta. Ya, dulu zaman saya sekolah mana ada facebook, twitter atau blog untuk meluahkan perasaan.

Hingga satu hari dia mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan kami semua. Hanya tinggal seminggu dua lagi peperiksaan SRP akan berlangsung. Guru-guru bertungkus lumus membantu pelajar dengan mengadakan kelas tambahan.  Hingga suatu hari, kawan saya yang cantik telah menyebabkan ustaz menegurnya. Ustaz itu sekadar menegur dan mungkin disalah anggap oleh kawan saya, lantas dia bangun dan menjawab
            “Ustaz jangan marah-marah saya kerana saya hendak kahwin”
Ustaz nampak terkejut mendengar kata-katanya. Kami rakan sekelas bertambah terkejut.

Selepas itu khabar angin bertiup kencang. Dan si cantik itu dengan selambanya mengakui tentang apa yang dikatakan itu memang benar. Ya, kami melihat setiap kali kelas tambahan berakhir, seseorang datang dengan kereta mahal menjemputnya. Dia juga memberitahu kami bahawa itu adalah tunangnya.

Wah, saya memang kagum dengan dia. Menurutnya, si dia adalah seorang jurutera. Bertambah besar mulut kami mendengarnya. Malah ada yang kata, si cantik sangat bertuah kerana mempunyai bakal suami yang berkerjaya hebat. Hebat, memang hebat, kerana saat saya masih belum menentukan arah hidup, ada kawan yang sudah berumahtangga.

Ya, hari terakhir SRP kami dijemput ke rumahnya kerana dia akan menikah keesokkan harinya.  Dan saya memang tidak pergi kerana saya langsung tidak tahu di mana lokasi rumahnya.

Beberapa tahun kemudian, saya bertemu dengan si cantik itu. Saya menegurnya dan dia kelihatan seperti dahulu cuma sedikit berisi. Maklumlah menurutnya dia sudah memiliki 3 orang anak. Dan dia sudah menjadi surirumah sepenuh masa. Malah suaminya tidak membenarkan dia keluar bekerja. Di rumah disediakan dua pembantu untuk menguruskan rumah dan anak-anak.
            “Habis, awak buat apa?” tanya saya ingin tahu…oh sungguh busy body.
            “Suami suruh saya habiskan masa dengan berehat-rehat sahaja,” balasnya.
Sekali lagi saya rasa kagum, betapa bertuahnya dia….

Thursday, April 5, 2012

Kakak 7 tahun hari ini

Happy Birthday Kakak Alya,




Dengan doa semoga menjadi insan yang mulia di dunia dan akhirat...amin.


 

Monday, April 2, 2012

Dilamar...



Ha ha ha…tajuk yang kontroversi….sengaja letak tajuk tu

Siapa pula yang melamar dan dilamar?

Beberapa hari yang lepas, penulis kesayangan saya (penulis kesayangan la sebab buku dia saya baca berulang kali…)melamar saya untuk satu projek…saya terkedu, gembira dan rasa hendak lompat bintang, bulan dan planet….

Saya suka sebenarnya dengan projek itu, tapi tidak berani menyimpan impian untuk menyertainya kerana selain takut daripada memalukan diri sendiri, saya juga bimbang akan menjatuhkan reputasi kawan-kawan. Maklumlah mereka penulis terkenal (juga penulis kesayangan saya….bacalah novel tulisan mereka pasti akan jatuh chenta….)

Jadi bila dilamar, saya memang gembira, namun setiap projek ada cabaran tersendiri. Saya cuba sedaya upaya dengan penuh gigihnya untuk menunaikan lamaran ini (err hasrat hati sendiri yang sekian lama terpendam ha ha ha)

Tunggulah kawan-kawan…saya sedang bertungkus dan berlumus menyiapkanya. Sedang cuba mengawal cuaca supaya tidak ada alasan-alasan tercipta untuk tidak meneruskan projek ini