Wednesday, November 18, 2009

Pekerjaan : Surirumah bergaji


Sesuatu tiba-tiba melintas didalam minda.

Sebenarnya sudah terfikir sejak beberapa lama. Cuma kali ini lintasan itu lebih kuat. Serius dalam membuat kek dan jadikan sebagai salah satu sumber pendapatan.
Oh…aku memang suka masak kek…sangat suka…masak dan rasa…yang selebihnya kena minta orang lain habiskan…tetapi suka merasa kek itu selepas beberapa hari di masak. Sebabnya hendak tahu perbezaan rasa. Mencuba resipi kek yang baru juga satu kegemaran. Cuma tidak kerap kerana bimbang membazir. Maklum kalau terlalu kerap membakar kek akan timbul rasa jemu kepada yang makan…hehehe.

Seseorang yang rapat menawarkan peluang ini melalui hubby. Bukanlah semudah ABC, sekadar peluang dan yang lain masih kena berusaha sendiri. Tetapi peluang itu yang sedang difikirkan sama ada hendak di rebut atau…
Rasa bimbang tetap terselit, tetapi realitinya semua perkara ada cabaran sendiri…

Berfikir mungkin ini jalan dan caranyanya. Sementelah rancangan untuk menjadi surirumah sepenuh masa tetapi berpendapatan tetap masih dalam rancangan yang belum menjadi kenyataan.

Mungkin patut memulakan sesuatu. Langkah pertama dan lihat cabarannya. Sekurang-kurangnya langkah sudah di mulakan…beranikah? Insya-Allah dengan sokongan padu hubby dan anak-anak…

Bengkel Penulisan Thriller dan Aksi oleh Alaf21


Bengkel Penulisan Thriller dan Aksi yang Alaf21 kendalikan pada 14 Nov 2009 telah selamat dan selesai dihadiri.

Rasa teruja kerana dapat bertemu dengan Ramlee Awang Murshid, penulis thriller yang terkenal dan Eyman Hykal penulis novel aksi. Sudah tentu kedua-duanya adalah penulis Alaf21.

Ilmu yang disampaikan secara santai. Di simpan kemas dan bakal digunakan suatu masa nanti. Insya-Allah.

Satu pesanan RAM, jika hendak menjadi penulis, doa dan zakat itu penting. Penulis tidak perlu meninggikan diri a.k.a sombong. Betullah itu…setuju dengan kata-katanya…harap dapat sertai lagi bengkel pada masa hadapan…

Psstt…Sijil penyertaan juga diberi…hmmm best …buku percuma juga dapat…

Macam kenal tetapi dimana?


Rasa macam kenal…tetapi tidak ingat di mana pernah berjumpa.

Atau ada seseorang menepuk bahu dan menghulur salam kepada kita. Kemudian bertanyakan khabar. Kita terpinga-pinga. Cuba menyelongkar segala yang ada dalam minda sedar dan bawah sedar. Cuba mengingati siapakah gerangan sahabat ini…

Itulah yang selalu berlaku. Adakalanya yang terakam dalam ingatan sekadar wajah. Itu yang dibawa kemana-mana. Jadi sesekali bertemu, wajah jadi tanda pengenalan. Nama…aduh malunya kerana tidak mampu mengingatinya. Lebih malu jika sahabat tadi mengingati kita…bagaimana ya ? Minta maaf…tetapi rasa bersalah mula bersarang dalam diri…

Mungkin dengan teknologi yang ada, mampu menyimpan data sahabat yang ditemui sekali sekala. Data yang boleh dibawa kemana sahaja. Jadi pertemuan yang tidak dijangka mungkin mampu menyelamatkan kita. Benarkah?....

Tuesday, November 17, 2009

... perlukah!!!



"Jika hendak jadi penulis hati kena kering sebab kritikan yang diterima boleh mematikan semangat untuk terus menulis"

Takut mendengar kata-kata itu. Tetapi benarkah?. Mungkin tujuannya supaya penulis baru dan bakal penulis mempunyai semangat sekeras karang. Tidak mudah mengalah dan tunduk kepada kritikan yang keras.

Bagaimana pula dengan bakal penulis atau penulis baru yang mempunyai hati lembut?. Mampukah mereka?. Kasihan jika mereka mempunyai bakat yang baik tetapi semangat yang menyala terpadam kerana kritikan yang pedas. Mungkin ada yang memberitahu bahawa kritikan itu adalah sesuatu yang membina. Mungkin benar. Tetapi adakalanya kita sendiri tidak sedar bahawa kritikan yang kita sangka membina sebenarnya membunuh orang lain dalam diam. Demi menjaga sebuah hubungan...bimbang akan tercetus pergaduhan.

Opss jangan salah sangka...tulisan ini sekadar mengingatkan diri sendiri supaya berhati-hati apabila memberi kritikan jangan sampai membunuh satu semangat yang sedang berkobar-kobar.

Wednesday, November 4, 2009

Bosan...



Hari yang sunyi sepi di pejabat. Sebabnya sekarang hanya saya dan pegawai kewangan sahaja yang mengisi ruang kosong pejabat. Sunyi sungguh...hanya radio menemani...tetapi rasa bosan pula mendengar lagu yang diputarkan...sebabnya...hehehe ada antara lagu macam tidak pernah dengar saja.

Jadi untuk menghilangkan kebosanan baca semula manuskrip yang tertangguh lama.

Wah!...

Ok siapkan kerja...siapkan sekarang...jangan fikir perkara lain...siapkan SEKARANG...

nota: Kenapa merepek hari ini?. Tension sebab terlalu relaks ke?...