Tuesday, May 18, 2010

Berhati-hati



Tajuk biasa saja. Cerita juga biasa.

Hari pertama pekerja baru mendaftar. Sebagai orang baru, segala-gala yang dilakukan akan menurut syarat-syarat yang di tetapkan oleh syarikat. Datang dan balik menepati waktu. Jika datang lewat beberapa minit akan segera di gantikan pada waktu petang. Sungguh dedikasi.

Masa kerja tidak berbual dengan pekerja lain. Sekadar bertanya sesuatu yang berkaitan dengan kerja. Itu pun melalui emel yang satu salinan dihantar kepada bos.

Masa berlalu. Tiada siapa mengajar. Pekerja baru mula bercampur dengan pekerja lama. Banyak cerita yang dikongsi daripada pekerja lama. Cerita gosip syarikat paling seronok dikongsi. Cerita gosip mengundang gelak tawa dan menjadi bahan lawak.

Satu ketika, pekerja baru yang sudah menjadi pekerja lama mula mencurigai kawan sepejabat. Bermula dari kes emel tidak diterima (mungkin silap taip nama atau silap alamat atau salah syarikat pembekal…hahahaha) maka mula bertanya soalan-soalan yang pelik-pelik.

Kemudian setiap urusan…mula menggunakan emel dengan alasan nanti ada bukti jika timbul perkara yang tidak menyenangkan di kemudian hari. Pekerja lama terpinga-pinga. Kenapa selama ini tidak pernah begitu. Adakah si pekerja baru yang sudah lama menjadi pekerja lama dirasuk?. Malahan lebih dramatik lagi si pekerja lama dipanggil oleh bos bertanya mengapa emel tidak sampai kepada si pekerja KESAYANGANNYA…

Pening kepala baca cerita ini....jangan pening ini adalah sebuah kisah dicelah-celah kehidupan...

Friday, May 14, 2010

Curiga...


Kes 1

Mana ‘H’? tanya ketua.
MC jawap ‘W’
MC? Sakit apa pulak? Sinis nada suara ketua
Demam, selsema, batuk dan sakit tekak jawap ‘W’ dengan lengkap.
Ketua gelak-gelak kecil tetapi dalam nada tidak ikhlas….
Hehehehe sakit pulak kata ketua.
‘W’ dah si ‘H’ kena H1N1 pun suruh datang jugak ke?
Ketua diam dan terus berlalu


Kes 2

Kenapa ‘S’ belum sampai lagi tanya ketua sambil memandang sekeliling.
‘W’ sedang sibuk menaip database.
‘S’ cuti jawap ‘W’ sambil jarinya sibuk menaip
Cuti ? dia ada mohon ke ? sang ketua tidak percaya.
Minggu lepas u dah sign dan approve cuti dia,’ balas ‘W’.
Ketua diam