Tuesday, June 18, 2013

Alasan!






Si K buat hal tapi memandangkan selama ini dia telah membawa berjuta-juta sales ke dalam akaun syarikat makanya dia tidak boleh di tegur secara terus terang. 

Tapi pihak pengurusan tidak puas hati selagi tidak menghamburkan rasa marah. Macam mana hendak buat…kalau rasa marah simpan dalam hati mesti kena darah tinggi, high cholestrol, sakit jantung, sakit hati, sakit limpa dan sakit segala-galanya…. 

Oh senang jer tu…marah la orang lain yang tidak ada kena mengena…Erk mana boleh marah sebarangan…Ala cari alasan supaya boleh…ha apa kata marah ‘small potato’ staff? 

Bagi la keja cam kena tulis surat dalam masa 2 saat…kalau gagal boleh ler marah kaw kaw kan kan….

Monday, June 10, 2013

Kita







Suka buat semua orang fikir kita paling genius tapi sebenarnya…..


Meninggikan suara bila ada orang lain cuba memberikan pendapat mereka


Tidak mahu terima kebenaran walaupun itu kenyataan


Anggap kita tahu segalanya…lebih dahulu makan garam!


Sangka diri sendiri penting dan ketiadaan kita boleh menyebabkan orang keliling merana!


Cuba jadi SUPERHERO/SUPERHEROIN walau tanpa pakaian khas?


Rasa kurang senang bila orang lain lebih dari kita?


Bercita-cita tinggi melangit atau terlalu banyak cita-cita hingga…


Atau…

Wednesday, June 5, 2013

You are fired!






Si dia datang lambat ke pejabat. Bila tanya jawapannya dalam perjalanan. Kemudian keluar lunch awal tapi balik lunch lewat. Sentiasa cari alasan untuk tidak datang meeting.

Bos dah mula fed-up dengan alasan-alasan yang serupa setiap hari. Nampak gayanya si dia langsung tidak kisah kerana si dia rasa dia adalah harta paling berharga dalam syarikat. Sudah tentu bos tidak berani tegur apa lagi buang dia. 

Itu yang dia fikir dan sebab itu juga dia berani menyusahkan orang lain yang terpaksa sediakan report kehadirannya ke pejabat.

Kalau rasa diri sangat bernilai di luar sana, apa kata awak berhenti dan lihat berapa banyak syarikat yang akan beratur menawarkan awak kerja dengan gaji yang lumayan ATAU awak akan jadi penanam anggur untuk satu jangkamasa….