Tuesday, December 28, 2010

Bolehkah?



Kita memegang jawatan “agak” tinggi dalam sebuah syarikat. Pendek kata, semua pekerja kenal kita dan seringkali memberi ucap selamat setiap kali berpapasan dengan kita.
Kerja kita tentunya lebih banyak dan lebih sibuk berbanding dengan orang lain. Adakalanya terpaksa membawa kerja balik bersama. Adakalanya hujung minggu juga kita akan datang ke pejabat demi tuntutan kerja.
Tiba-tiba suatu hari kita mendapat surat amaran berkenaan dengan disiplin kerja. Kita rasa marah dan tidak di hargai. Kita bercerita dengan mereka yang kita kenal tentang ketidak adilan yang berlaku. Penat lelah kita bekerja dan masa yang dihabiskan untuk bekerja.
Soalannya? Siapa kita yang hendak membebel?. Kita masih seorang pekerja dan bukan pemilik syarikat. Jadi setiap yang kita lakukan di tempat kerja masih ada batasannya walaupun kita memegang jawatan tinggi.

Monday, December 20, 2010

Kisah Terbaru Sekali...




Cerita 1
Bengkel Penulisan “ADVANCED”, ye betul, jangan ulang baca, ini bukan kesilapan menaip atau tersalah eja atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Betul, ini bengkel yang saya hadiri semalam 19 Dec di UNIKEB. Susah hendak percaya…percayalah…lagi pun bukan kena bayar untuk percaya….
Keseluruhannya bengkel itu memang bermakna buat saya. Terlalu banyak ilmu yang dicurahkan...rasa macam satu hari tidak cukup untuk mengutip semua ilmu (malah mencadangkan kepada pembimbing supaya kelas ulangan di adakan lagi…heheheheh)
Berharap agar boleh menghadiri bengkel advanced ini dalam masa yang terdekat.
Terima kasih kepada pembimbing yang baik hati….


Cerita 2
Hari ini bertemu dengan seorang rakan lama. Sudah lama rasanya kami merancang untuk berjumpa. Tetapi belum ada rezeki untuk berjumpa sehinggalah hari ini. Banyak yang ingin dibualkan dalam masa yang terhad. Itu pun sekadar berbual dalam kereta sahaja…mengejar masa hehehe…harapnya satu masa nanti kita dapat berbual-bual sambil makan….