Wednesday, November 30, 2011

2011..sudah hampir ke penghujungnya...


2011 sudah hampir ke penghujung. Jika dihitung sejak awal, masih ada azam (pada yang berazam) yang belum tercapai 100% atau mungkin ada yang belum mula.

Kepada yang sudah mencapainya tidak kira berapa peratus…ucaplah tahniah pada diri sendiri. Kejayaan itu milik kita kerana hanya kita sahaja yang tahu kemampuan diri kita.

Jangan bandingkan dengan orang lain yang sudah mencapai peratusan yang lebih tinggi. Cubalah untuk mencapai baki azam yang tertinggal pada tahun hadapan.