Rutin menyambut hari raya sama sahaja seperti yang lepas…sehari sebelum raya balik kampung bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang daging dan masak ayam masak merah…sehari sebelum tu sudah bertungkus lumus menyiapkan kek lapis untuk keluarga…10 ketul kek lapis…dari pagi sampai petang….sambung bakar 2 ketul kek coklat pula…rumah sendiri…tak ada apa-apa pun…hanya selepas 3 hari raya baru kukus 3 ketul lagi kek lapis…tapi semuanya untuk dijadikan buah tangan…
Hari raya pertama…rumah nenek memang macam rumah terbuka…tetamu mula datang selepas solat jumaat….ramai...terlalu ramai…tapi sudah biasa sebab sudah bertahun-tahun begitu. Cuma tahun ini, lemang, ketupat, rendang dan ayam masak merah habis sebelum Syawal pertama melabuhkan tirainya…Syukur…tapi kasihan pula dengan rombongan yang selalunya datang bertandang pada hari raya kedua dan ketiga….
Yang tidak ada raya tahun ini adalah tapai pulut manis dan kuih bauhu yang memang menu tradisi setiap tahun. Sebabnya… harapnya saya berpeluang untuk belajar membuat tapai pulut, memukul telur untuk kuih bahulu secara manual….