Thursday, December 10, 2009

Penulis vs Tajuk Buku




Yang mana menjadi pilihan sebelum membeli sesebuah buku?

Lain padang lain belalang.
Lain orang lain pandangan.

Begitulah selalunya. Adakalanya tajuk menarik menjadi pilihan. Pertama kali melihat tajuk sudah terpaut hati untuk membeli. Intipati cerita mungkin perkara kedua.

Atau…

Sentiasa membeli buku-buku karya penulis kesayangan. Semua buku penulis kesayangan ada dalam rak. Sebut sahaja tahun berapa buku itu diterbitkan pasti ada dalam senarai. Hatta jika tiada dalam rak, pasti akan berusaha mendapatkannya untuk dijadikan satu koleksi lengkap.

Saya, biasanya kena membelek-belek sesebuah buku mungkin beberapa kali (mungkin di dalam beberapa buah kedai ?). Jarang terikat dengan tajuk atau penulis. Tetapi mana-mana rakan penulis yang saya kenali, saya cuba sedaya upaya memiliki buku mereka. Kenapa? Mungkin saya boleh bantu menaikkan jumlah royalti mereka.
Seperkara lagi, rakan-rakan penulis ini selalunya ada idea yang menarik. Jadi idea mereka membantu saya untuk mencetuskan satu lagi idea…heheheheh…

Tapi kalau belanjawan tidak cukup…saya pastikan buku-buku yang telah dibeli dibaca kembali. Selalunya hampir semua buku yang dibeli akan di baca lebih daripada 2X.
Jadi…tidaklah selepas bacaan pertama buku akan terperuk dalam almari dan tinggal berabuk. Oh! sekarang sedang berusaha mencari sebuah buku…rasanya sudah beberapa bulan mencari di beberapa buah kedai namun tidak berjumpa…mungkin belum ada rezeki agaknya. Tidak mengapa pasti satu masa akan berjumpa…



Salam MaalHijrah 1431