Tuesday, September 21, 2010

Rutin Raya…..

umah atuk sudah tiada…huwaaa(dalam hati)….. sedihnya bila balik kampung (walaupun saya tinggal di kampung) tengok rumah lama atuk sudah diroboh dan digantikan dengan rumah baru yang lebih selesa dan besar. Oh, memang patut pun pakcik buat begitu sebab dia sekeluarga yang tinggal dan menjaga rumah arwah atuk. Kebetulan pula, pokok duku langsat yang arwah tanam di tepi bukit berbuah…dan rasanya sungguh manis. Teringat dulu arwah wan pernah beritahu pokok itu jarang berbuah dan kalau ada pun buahnya masa. Sebenarnya balik kampung sekadar menziarahi pusara atuk dan wan. Sudah berbelas tahun berlalu, tapi saya masih belum mampu menghampiri pusara mereka berdua…sekadar berdiri dari jauh…kenyataan itu memang sedih…errr tak boleh tulis banyak-banyak tentang arwah nanti banjir pula. Sebab itu rasa satu macam bila lihat rumah asal telah tiada….yang tinggal hanya gambaran rumah lama yang kekal dalam ingatan sahaja…

Rutin menyambut hari raya sama sahaja seperti yang lepas…sehari sebelum raya balik kampung bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang daging dan masak ayam masak merah…sehari sebelum tu sudah bertungkus lumus menyiapkan kek lapis untuk keluarga…10 ketul kek lapis…dari pagi sampai petang….sambung bakar 2 ketul kek coklat pula…rumah sendiri…tak ada apa-apa pun…hanya selepas 3 hari raya baru kukus 3 ketul lagi kek lapis…tapi semuanya untuk dijadikan buah tangan…

Hari raya pertama…rumah nenek memang macam rumah terbuka…tetamu mula datang selepas solat jumaat….ramai...terlalu ramai…tapi sudah biasa sebab sudah bertahun-tahun begitu. Cuma tahun ini, lemang, ketupat, rendang dan ayam masak merah habis sebelum Syawal pertama melabuhkan tirainya…Syukur…tapi kasihan pula dengan rombongan yang selalunya datang bertandang pada hari raya kedua dan ketiga….

Yang tidak ada raya tahun ini adalah tapai pulut manis dan kuih bauhu yang memang menu tradisi setiap tahun. Sebabnya… harapnya saya berpeluang untuk belajar membuat tapai pulut, memukul telur untuk kuih bahulu secara manual….

Resipi Ais Tanpa Krim Istimewa daripada Alia Najihah



Aiskrim Asam Boi

Bahan-bahan

* Air gula (manis ikut citarasa masing2x)
* Daun pandan
* Asam Boi merah(Klu nak blh di potong 2)
* Plastic Aiskrim

Cara-cara

1.mudah sahaja cuma masak gula bersama daun pandan
2.bila agak larut gula dan pekat sedikit tutup api & sejukan
3.masukkan asam boi merah tadi kedlm plastik Aiskrim
4.setelah air gula tadi sejuk baru masukan/tuangkan kedalam plastik yg sudah berisi asam boi tadi
5.kemudian simpulkan hujung plastik tadi & siap
6.masukkan kedlm peti sejuk dan setelah keras sedia utk di makan.
7.(Saya biasa buat byk air gula boleh disimpan utk lain kali)


Selamat Mencuba!!!!!!!

Monday, September 6, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Resipi dari Puteri Auni Cute

Saya ingin sekali berkongsi resepi aiskrim goreng yang sedap ini (Belum cuba tapi sudah dapat membayangkan kesedapannya...hmmm)


Bahan - bahan :
-ais krim(nestle)

-1 biji telur
-1 cawan tepung gandum
-air
-2 cawan breadcrumb

-1 cawan cornflakes

-1 cawan coco crunch

- Jem strawberry
Cara- caranya :
1) Tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan
2) Campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan
3) Mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
4) Celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..
5)Bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.
6)Bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.
7)Bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.
8)Apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.
9)Jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)

Cadangan Hidangan: Letakkan ke dalam pinggan dan hidang kan dgn jem yang sudah di masak sebagai pencecah.

Tambahan: Makan sewaktu ia panas..kerana di luar panas dan di dalam nya pula sejuk.

* Cuba tau...jangan tak cuba...resepi dan cara membuatnya juga senang.