Thursday, June 30, 2011

Sahabat dan Pertemuan


Adakalanya kita rasa teringin hendak berjumpa dengan kawan yang telah lama terputus hubungan. Mungkin sekadar hendak bertanya khabar atau bercerita tentang kegembiraan masa lalu. Kita juga mengharapkan agar kawan itu masih seperti yang kita kenal. Walaupun kita sedar, tahun-tahun yang berlalu pasti mengubah salah seorang daripada kita. Jadi bila salah seorang berubah mengikut masa dan persekitaran, maka selalunya pertemuan yang diharapkan akan menyambung semula yang putus akan jadi janggal. Lantas selepas pertemuan yang memang dinantikan, akan jadi pertemuan terakhir. Sebabnya, kita atau kawan itu tidak lagi selesa berbual dan berkongsi cerita seperti masa lalu.
Mungkin kita patut mengharapkan pertemuan itu selepas sekian lama terpisah. Hanya jangan meletakkan harapan bahawa kawan kita masih seperti dahulu. Bimbang kita atau kawan itu akan kecewa. Kita perlu menyesuaikan diri dengan perubahan agar persahabatan yang terjalin semula berkekalan.

Tuesday, June 28, 2011

Anggapan ....



Seorang kawan yang beria-ia mahukan saya menyertai perniagaannya. Berkali-kali dia memberi penerangan tentang bagaimana bagusnya perniagaan itu. Saya hanya beritahu dia bahawa (pada masa itu) saya ada komitmen lain yang perlu dilunaskan sebelum berfikir untuk menyertainya.

Akhirnya dia berkata,"Kalau jadi penulis sambilan belum tentu menjamin masa depan. Lagi pun belum tentu buku awak laku. Bukan semua orang mahu baca buku. Tetapi jika awak sertai saya, duit akan sentiasa masuk dan masa depan terjamin."

Saya hanya tersenyum mendengar anggapannya. Cuma jika ada kesempatan saya akan tunjukkan cerita-cerita kejayaan kawan-kawan yang lain. Mungkin itu persepsi dia, kerana dia sendiri mengaku, tidak pernah pergi ke mana-mana pesta buku. Dia juga menyatakan bahawa buku bukan keperluannya seperti dia selalu membeli belah setiap bulan. Buku memang tidak ada dalam senarai...

Sokong Menyokong



“Jika kau suka dia, mengapa tidak sokong perjuangannya?” tanya seseorang.
“Saya sokong dia,” kata sang kawan.
“Sokong? Tapi nampak kau macam tak lakukan apa-apa pun?” tanyanya tidak faham.
“Saya sokong dia dengan cara saya,” balas sang kawan.
Perlukah kita ikut apa sahaja yang orang kita suka/sokong ? Tidak bolehkah kita menyokong mereka dengan cara kita? Tidak setiakah kita jika kita tidak menunjukkan sokongan itu secara terang-terangan?.
Maaf cerita ini tidak ada kena mengena dengan politik. Saya tidak pandai tentang politik. Ini cerita biasa yang berlaku pada persekitaran saya.
Ya, saya penulis kecil dan saya ada mentor, sifu atau idola sendiri. Mungkin mereka ini tidak disenangi oleh segelintir orang. Tetapi itu masalah perasaan, perasaan tidak suka. Sedangkan semasa kita sekolah dahulu ada guru yang kita tidak suka, tetapi kita tetap masuk ke kelasnya, paling kuat kita boleh lakukan adalah ponteng kelasnya atau tidak siapkan homework. Akibatnya…hehhehe sendiri mau ingat la…
Jadi seandainya satu hari nanti kita melihat mereka ini tidak suka orang itu atau orang ini…jangan komen lebih-lebih (pesanan untuk diri sendiri!)

Monday, June 27, 2011

Sebuah kisah


“Kak, nak beli keropok?. Sepeket RM25 saja,” kata si penjual.
Saya yang sedang menunggu Inche Hubby sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepala tanda tidak mahu membeli. Sangka saya, si penjual akan berlalu selepas melihat gelengan saya, tetapi dia menghampiri saya.
“Kak, saya ini orang susah. Datang jauh dari Patani untuk jual keropok. Tolonglah beli sebungkus keropok saya,” dia menghulurkan bungkusan keropok kepada saya.
Saya,” Tak mengapa, terima kasih.”
Sambung si penjual,”Kak, kalau saya senang tentu saya tidak sampai ke sini. Lebih baik saya duduk di Patani sambil bermain dengan anak-anak dirumah. Hari ini saya belum makan lagi, tolonglah beli keropok saya.”
Saya memandang dia. Berfikir apa yang patut saya lakukan. Sebabnya ini bukan kali pertama saya berjumpa orang menjual keropok di sekitar tempat saya bekerja. Sebab lain, harga sepeket keropok RM25….huhuhu saya baru sahaja beli keropok daripada jenis ikan yang sama, dengan saiz paket yang serupa, keropok pun tidak nampak hancur dengan harga kurang daripada RM14. Saya bukan memandang rendah dengan mereka, mungkin itu cara mereka mencari rezeki, tapi harga keropok tu…owh tak sanggup…
Selepas penat bercakap, si penjual berlalu meninggalkan saya….