Thursday, April 30, 2009

Jatuh Cinta lagi...lagi lagi ku jatuh cinta...

Pesta buku tahun ini aku lebih banyak membeli novel-novel cinta. Sudah lama rasanya tidak membeli novel-novel bertemakan cinta...sudah terlalu lama...
Membaca novel-novel cinta memerlukan penghayataan. Cinta tanpa penghayataan akan menjadi sesuatu yang membosankan.

Selepas beberapa buah novel cinta dibaca dan dihayati dengan mendalam (termasuk berkhayal...ahaks...tentunya sebagai heroin...)tiba-tiba hati ingin menulis sebuah novel cinta....kerana telah jatuh cinta....

Jadi bila sudah mula jatuh cinta, maka angan-angan sentiasa ada bersama tidak kira dimana sahaja anda berada...

Demi sebuah cinta...aku sedang berusaha menyiapkan sebuah novel cinta...cinta yang bagaimana...hmmm!!! bagaimana ya...

Apa-apa hal pun aku nak pilih hero dulu...Heronya ala-ala hero Supernatural....hahahahah ok ke hero ni...ok kot...

Monday, April 27, 2009

Berakhirnya Pesta Buku....

Berakhir sudah pesta yang dinantikan setiap tahun....

Banyak buku yang dibeli untuk dijadikan rujukan untuk projek akan datang. Projek apa...hmm biarlah rahsia kata Datuk Siti Nurhaliza.

Beberapa buah novel sudah pun selesai dibaca. Selesai dibaca dalam masa dua hari selepas dibeli...sebabnya jalan cerita novel telah mengikat aku supaya menyelesaikan bacaan. Rasanya tidak sanggup membiarkan hati tertanya-tanya apa yang berlaku seterusnya...Nasib baik bos cuti panjang :).

Tahun ini seperti tahun yang sebelumnya budget yang disediakan memang lari...heheheh biasalah...walaupun ada diskaun istimewa diberikan, tetapi mata dan hati seolah-olah sepakat untuk membeli buku...tidak kira apa genrenya...yang penting buku...

Hujung bulan ini MPH pula buat jualan gudang. Sekali lagi buku-buku bahasa inggeris akan dijual dengan murah sehingga 70% jika berdasarkan diskaun yang diberi pada tahun lepas...Aku memang tidak akan melepaskan peluang. Masa inilah buku-buku idaman akan dibeli. Jika pada hari-hari biasa tak sampai hati hendak beli sebab harganya mak ooooiiii mahal tul....

So kiranya April dan Mei ada bulan buku....hmmm lepas ni kena simpan budget untuk renovate satu bilik dirumah untuk dijadikan perpustakaan mini...sbb buku dah semakin banyak....

Ooooohhhhh ada setahun lagi hendak menunggu pesta buku 2010....akan ku simpan rindu ini hingga tahun depan....hehehehe

Ini antara buku yang sempat di beli..tapi kali kedua datang pun beli buku juga... ahaks....

Semasa singgah di gerai PTS, Kak Nor, orang kuat PTS serahkan ini. Katanya senang untuk cashier mengenali penulis PTS dan senang untuk beri diskaun.



psst: sempatlah berjumpa dengan penulis kegemaran dan minta autograph...heheheheh gumbiranya hati....

Monday, April 13, 2009

Kuih Jongkong

"Kuih apa yang kau beli?"tanya Maria.
Dia melihat Aini meletakkan kuih didalam pinggan. Melihat balutan kuih itu sahaja sudah mematikan seleranya. Daun pisang yang nampak kusam.
"Eiii, entah apalah rasanya kuih itu?"detik hati Maria.
Maria tidak puas hati apabila Aini masih mendiamkan diri. Soalanya tadi masih belum berjawap.
Maria berdiri dibelakang Aini,"Kamu beli kuih apa?. Jangan jangan selepas makan nanti kamu sakit perut. Keracunan!."
"Kuih jongkong,"balas Aini lalu melangkah kedapur.
"Kuih jongkong,"bisik Maria.
"Wah! kaya kamu makan kuih jongkong. Ini jongkong timah atau jongkong emas,"sindir Maria.
Jarinya menguis pembalut kuih itu. Dia tahu kawan sebiliknya suka benar makan kuih yang pelik-pelik. Tiba-tiba Maria rasa geli.
"Apa yang kamu kuis-kuis itu?"soal Aini tiba-tiba dari belakang.
Maria terkejut. Cuba menyembunyikan rasa malunya.
"Jangan bimbang. Kamu tidak akan mati bila makan kuih ini,"kata Aini lalu tersenyum.
"Kalau mati pun, mesti mati dengan perlahan-lahan,"usik Aini.
Kemudian Aini membuka bungkusan kuih jongkong. Dengan lafaz bismillah dia menyuap kuih itu kedalam mulutnya.
"Hmmm sedap," kata Aini lagi.
Entah mengapa, tiba-tiba Maria rasa ingin mencuba. Perasaan ingin mencuba semakin kuat daam dirinya.
"Boleh rasa?"tanya Maria tanpa rasa malu.
Aini menghulurkan satu bungkusan yang masih belum dibuka kepada Maria. Perlahan Maria membuka bungkusan tersebut. Didalamnya kelihatan seperti kuih koci. Tetapi ada santan cair. Kemudian mengambil sedikit lalu menyuapkan kedalam mulut. Aini menanti komen dari Maria. Tetapi sehingga habis sebungkus kuih jongkong Maria tidak berkata walau sepatah pun...
"Err! Aini besok kamu belikn lagi kuih jongkong. Sedap pula,"pinta Maria

Wednesday, April 8, 2009

Pesta Buku datang lagi...

Acara wajib tahunan yang dinanti datang lagi.

Aku sudah pun memohon cuti semata-mata untuk melawat sepuas-puasnya semasa pesta buku nanti. Tarikhnya...hahahah tentulah dimasa kebanyakkan orang bekerja dan bersekolah...mestilah memohon cuti masa hari bekerja...heeee apalah...)

Memang tidak sabar walaupun budget tahun ini berkurangan kerana ekonomi dunia merosot...tapi tetap ada budget...hmm masih tgh plan buku apa yang perlu dibeli.....susah ni...


Pesta Buku 2009

Thursday, April 2, 2009

Putera Katak

Alya termenung. Jari jemarinya meramas-ramas kertas ditangan. Renyuk kertas itu. Fadini sekadar memerhati sahaja. Sahabatnya itu seolah-olah berada dalam dunia lain. Tidak sedar kehadirannya. Suasana bising dalam kantin juga seolah-olah tidak menggangu Alya. Perlahan Zana meletakkan tangannya kebahu Alya.
"Kamu kenapa?" tanya Fadini.
Alya seakan terkejut dengan kehadiran Fadini pantas menggelengkan kepalanya. Fadini memegang tangan Alya.
"Kerana ini?" tanya Fadini sambil menunjukkan kertas yang renyuk dicelah jari jemari Alya.
Perlahan Alya menggangukkan kepala. Fadini hendak mengambil kertas tetapi Alya lebih pantas menarik tangannya.
"Surat?" tanya Fadini.
Alya angguk. Fadini mula bosan. Alya sekadar angguk tanpa suara.
"Alya, kita kawan baik. Kalau boleh...," Fadini mula bermukadimah.
"Ok, sebenarnya, aku baru terima surat," akhirnya Alya bersuara.
"Seseorang menggelarkan dirinya putera katak," sambung Alya.

Fadini menekup mulut menahan tawa, "Putera Kaaatak?."
"Jangan ketawa!" Alya sedikit tersinggung.
"Ok...ok...," aku minta maaf.
"sambunglah cerita kamu tadi," Fadini berharap.
Alya mengeluh, "Aku tidak tahu siapa dia. Tetapi caranya menulis surat seolah-olah kami ini kawan lama."
"Hmmm putera katak?" Fadini berfikir

Wednesday, April 1, 2009

Kelab Ramlee Awang Murshid

Ha!....

Jangan terkejut...memang selama ini aku tidak pernah tahu....Hmmm tak kisah kalau ada yang rasa lucu sebab aku memang benar-benar tidak tahu (kalau tidak sudah lama aku mendaftar!)...

Jadi semalam aku ambil kesempatan untuk mendaftar...Maka secara rasminya aku menjadi ahli kelab ini...psssttt belum sempat login pun...baru dapat no ahli heheheh.....

Aktiviti.....hmmm nantilah...seronok juga kelak jumpa kawan-kawan baru..... buku baru beli...panas lagi...tapi dah habis baca...



Jika berminat untuk menjadi ahli masuklah kelab RAM ni