Tuesday, October 14, 2014

Buku baru?

Buku baru? Soalan biasa dari penulis kepada penulis... dan selalunya penulis buku kanak-kanak sentiasa dalam dilema... sebabnya tidak ramai penerbit mahu menerbitkan buku kanak-kanak. Alasan paling kerap digunakan adalah "buku kanak-kanak tak boleh jual. Tidak untung!". Mungkin penulis buku kanak-kanak patut ingat istilah ini "syarikat berasaskan keuntungan" kerana tidak ada penerbit yang mahu rugi dalam perniagaan mereka.

Tetapi nampaknya masih banyak buku kanak-kanak dijual. Dan semakin banyak...dan semakin menarik...bila pergi ke kedai buku...masa lebih banyak habis depan rak buku kanak-kanak...

Kepada penulis buku kanak-kanak, harapan dan peluang masih ada...kita perlu berusaha mencari dan pastinya pulangan itu berbaloi

Friday, October 10, 2014

Diam bukan bererti....

Lama tidak menulis di sini dan alasan paling klise...sibuk banyak kerja...huh! semua orang pun ada 24 sehari....

Memang sibuk pun...tapi masih ada masa membelek, merenung dan menghadam buku kanak-kanak. 

Baru-baru ini beberapa rakan penulis telah meluahkan rasa putus asa mereka. Bukan salah mereka atau salah sesiapa tetapi memang begitu keadaannya. Hanya saya rasa kerugian bakat sedia ada jika mereka memilih untuk tidak menulis.