Friday, July 29, 2011

Macam-Macam...



Wah…marahnya…tersangat marah…tarik nafas dalam dalam lepas perlahan lahan. Istighfar banyak-banyak dalam hati.

Sebenarnya memang tidak mahu marah kerana kerja marah ini amat memenatkan dan buang masa. Tapi marah jadi meletus macam gunung berapi sebab “SIKAP TIDAK MAHU BERTANGGUNGJAWAB” orang lain dan orang lain kena tanggung akibatnya. Dan yang mencetuskan tahap kemarahan paling tinggi bila kerja itu diperap, dijadikan pekasam selama beberapa bulan. Hanya selepas pelanggan bertanya baru hendak beritahu, “Kamu perlu buat begini dan begini supaya dokumen itu diproses” dan bila dihantar emel terdahulu yang menyertakan dokumen untuk diproses, bos pula kata kita yang kelam kabut dan tidak organize. Huh salah kita ye?. Ini bukan kali pertama…dah malas nak bertekak…lebih baik diam sahaja sebelum dia terkejut kena leser….hehehehe

Opss…lagi pun bulan ramadhan menjelang tiba...hmm lebih baik siapkan ms...

Thursday, July 28, 2011

Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak




Ramadhan menjelma lagi. Bulan yang penuh dengan keistimewaan, kelebihan dan dinanti-nantikan. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita yang semakin hari semakin mencabar. Semoga kedatangan bulan mulia ini membawa sinar dan perubahan yang baik kepada kita. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan semoga kita dapat mengumpul sebanyak mungkin kelebihannya. Amin

Monday, July 25, 2011

Susun Selipar dan Kasut!



Suatu masa dahulu, semasa saya menghadiri ceramah yang diberikan oleh seorang penceramah terkenal lagi ternama. Katanya sukar sekali untuk membuang rasa ego dan sombong yang ada dalam diri kita. Tetapi jika kita berhasrat untuk membuangnya, boleh cuba untuk melakukan ini “susun selipar yang sama ada di masjid, di surau, di pejabat (jika tidak memakai kasut semasa memasukki pejabat). Dan lihat jika rasa malu kita tebal atau tidak. Maklumlah kasut dan selipar itu ada bau yang istimewa. Tidak semua orang sanggup melakukannya. Seorang rakan pernah bertanya pendapat saya tentang mengurangkan rasa ego seseorang yang rapat dengannya. Saya cadangkan perkara yang sama. Kawan itu sendiri tidak sanggup dan bagaimana pula hendak mencadangkan kepada orang lain. Tapi saya tidak salahkan rakan itu. Saya tahu sukar untuk melakukannya. Tetapi tidak salah untuk mencuba kerana hasilnya amat berbaloi untuk satu jangkamasa yang amat panjang. Susun selipar dan kasut!