Monday, May 27, 2013

Apa buku baru…




Eh ada orang tanya ke? Awak bukan penulis terkenal pun, hanya penulis buku kanak-kanak yang kecil!

Oh, itu soalan biasa jika kita penulis tidak kira terkenal atau tidak.
Jika tanya saya…ada beberapa buah manuskrip kanak-kanak yang sudah siap tapi masih belum hantar pada mana-mana penerbit. Bukan memilih tapi entah ya, hati masih ‘lemau’

Sejujurnya saya sangat berharap agar ada buku baru tahun ini. Tapi macam mana hendak ada buku baru kalau tidak hantar dan tidak terus buat manuskrip baru?

Harap semangat juang akan muncul semula

Tuesday, May 21, 2013

Pesta Buku Lagi…




Pesta buku datang lagi? Bukan sudah lepas ke?

KLIBF2013 memang sudah lepas. Jika tahun-tahun sebelumnya “acara wajib pergi” ini saya kunjungi lebih dari sekali…tahun ini hanya sekali sahaja. Sebabnya…entah ya, tahun ini saya rasakan ada yang kurang dengan KLIBF2013. Apa yang kurang? 

Entah kurang umphh…bukan saya sahaja yang rasa, tapi anak-anak dan kawan-kawan juga komen perkara yang sama.

Ok selepas ini Pesta Buku Selangor dan READ Malaysia. Saya juga sedang fikir dan fikir sama ada hendak pergi atau tidak.

Sedang mencari mana hilangnya semangat yang berkobar-kobar setiap kali menjelang pesta buku?

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada semua bekas guru saya tidak kira walau dimana pun cikgu berada. Semoga cikgu-cikgu sentiasa sejahtera selalu.

Sangat berbeza sambutan Hari Guru semasa zaman saya bersekolah. Dahulu kami anak-anak kampung memang tidak ada duit yang banyak untuk beli hadiah kepada cikgu-cikgu yang mengajar. Kami hanya mampu beri ucapan dan jamuan untuk guru kelas. Itu pun kawan-kawan sekelas berkongsi bawa makanan dan minuman. 

Sekarang pelajar beli hadiah yang mahal-mahal untuk guru. Semalam saya memang terkejut bila terdengar perbualan seorang pelajar dengan ibunya. Pelajar itu mahu beli teddy bear besar berharga RM50 sebagai hadiah untuk gurunya. Wah, bertuahnya cikgu sekarang...hmm mungkin ada pelajar yang berkemampuan beli ipad untuk cikgunya....

Terfikir pula apa perasaan pelajar yang kurang mampu...sedikit sebanyak mereka mesti terasa melihat kawan-kawan membeli hadiah yang mahal untuk guru mereka. 

Apa-apa pun saya rasa hadiah yang terbaik untuk seseorang guru adalah kejayaan pelajar-pelajarnya....:)