Wednesday, August 24, 2011

Sunday, August 7, 2011

Tak faham…


Dalam satu organisasi, semua orang dalam syarikat itu mendapat imbuhan tambahan sebagai tanda terima kasih syarikat. Hanya ada seorang sahaja yang tidak menerimanya dan orang itu dengan rasa angkuh meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan. Katanya, dia paling banyak memberi sumbangan dan malah seringkali mendapat jualan yang paling tinggi. Dia juga mengakui dirinya baik dan tidak pernah melanggar peraturan syarikat. Adalah tidak adil dia diperlakukan sedemikian.

Pihak pengurusan pula berkata, memang dia pernah mendapat jualan yang tinggi tapi hanya sekali dalam tempoh setahun. Lebih malang lagi selepas jualan tertinggi tidak ada lagi jualan lain walaupun yang paling rendah dilakukan oleh pekerja ini.

Kata pihak pengurusan lagi mereka sering memantau pergerakkan pekerja. Jadi pihak pengurusan mendapati pekerja ini selalu sahaja keluar untuk bertemu dengan pelanggan pada waktu hampir makan tengah hari dan pulang lewat. Malah adakalanya tidak pulang walaupun temujanji itu hanya untuk satu pelanggan. Jadi kemanakah pekerja ini pergi? Tidak semua pelanggan mahu bertemujanji semasa hampir waktu makan tengah hari dan apa yang berlaku selepas itu sehingga mesyuarat menjangkau lewat petang?
Jadi kata pihak pengurusan lagi, pekerja ini seringkali mengambil cuti kecemasan semasa rakan sekerja cuti. Jadi akan ada urusan kerja yang terbengkalai. Sengaja mahu sabotaj rakan sekerja kah?

Kata pihak pengurusan lagi, nilailah sendiri sebelum menunding jari.