Friday, November 19, 2010

Kebetulankah....


Kita mempunyai kawan. Satu masa semuanya membawa haluan sendiri. Selepas beberapa tahun bertemu dengan kawan-kawan lain. Saling bertukar cerita dan meneruskan persahabatan. Tetapi kita tetap bertanya tentang kawan-kawan yang tidak dapat dihubungi, erti kata lain hilang tanpa dapat dikesan oleh radar. Ada satu masa ingatan terhadap kawan ini kuat dan sesekali terpandang seseorang yang seakan sama dengan kawan ini. Dalam hati cuma berharap kawan yang hilang ini dapat ditemui supaya rangkaian kawan yang terputus menjadi lengkap.
Takdir tuhan…pertemuan yang memang tidak disangka. Bila bercerita kembali…oh, rupanya kawan ini juga tinggal berhampiran, pergi ke pasar raya yang sama dan paling penting sebenarnya kawan ini berada begitu dekat dengan kita. Hanya kuasa Allah belum mahu kita bertemu….DIA pasti akan menemukan kita dengan kawan satu masa nanti.
Alkisahnya…Kami (hubby dan saya) bertemu dengan seorang kawan sepejabat yang telah terpisah lebih daripada 12 tahun. Tidak ada siapa dalam jabatan kami tahu ke mana dan di mana dia. Kawan ini seolah-olah hilang daripada radar. Hingga kami sangka dia sudah berada luar daripada Malaysia. Hakikatnya…dia tinggal berdekatan dengan kami. Kawan ini mengakui seakan pernah ternampak kami tetapi takut hendak menegur, bimbang salah orang. So to all Ex-Media Services…bila kita boleh buat gathering…ahli dah cukup….errr boss leh sponsor…heheheh

Friday, November 12, 2010

Antara azam 2011?

awan saya mahu meletakkan azam ini dalam senarai azam saya..."menghasilkan manuskrip dewasa". Oh, mampukah saya?. Kata mereka lagi, bantuan akan dihulurkan sekiranya diperlukan. Saya terharu dengan sokongan kawan-kawan yang amat baik hati ini. Hasrat memang ada (itu mesti) cuma saya tidak pasti bila. Insya-Allah kawan-kawan yang baik hati (Farah & Jue) saya akan cuba menghasilkan satu manuskrip berbekalkan ilmu yang saya dapat daripada seorang mentor.

Thursday, November 11, 2010

Minggu yang sibuk

ujung minggu ini juga sibuk dengan bermacam-macam aktiviti. Jualan gudang buku Big Bad Wolf sudah bermula 12 Nov sehingga 17 Nov. Ini jualan gudang mesti pergi sebab terlalu banyak buku (boleh mabuk buku!!!). Banyak buku yang boleh dilihat dan dibaca sebelum beli. Oh, sudah tentu akan ambil masa beberapa jam di sini. Hari ahad pula akan bersiap sebab sekolah kakak akan mengadakan konsert tahunan. Satu keluarga akan pergi sebab kakak ambil bahagian...di sebabkan konsert bermula selepas pukul 2 petang, jadi sudah tentu akan berakhir lewat petang pula...Jadi...aktiviti lain....tangguh dulu....Oh...tidak jika sempat mesti menulis juga sebaris dua ayat. heheheheh

Lamanya...

ama sungguh tidak update blog...sebab paling utama tempat kerja terlibat dengan beberapa exhibition, seminar dan workshop yang bersambung-sambung sehingga awal november. Mengejar dateline menyiapkan manuskrip juga antara faktor utamanya. Ya, betullah tu semua orang diberikan masa 24 sehari...cuma saya cuba sedaya upaya membahagikannya dengan baik...bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga dan mereka yang berada di sekeliling saya. Dalam masa yang sama saya rasa berdebar-debar menunggu kelahiran novel sulung kawan saya...Oh, sungguh tidak sabar. Beberapa hari lepas dia berkongsi cover novelnya...apa yang boleh saya beritahu...saya jatuh cinta dengan cover itu...tunggulah katanya novel itu akan berada di pasaran semasa Pesta Buku Kanak-Kanak hujung tahun ini.