Thursday, November 11, 2010

Lamanya...

ama sungguh tidak update blog...sebab paling utama tempat kerja terlibat dengan beberapa exhibition, seminar dan workshop yang bersambung-sambung sehingga awal november. Mengejar dateline menyiapkan manuskrip juga antara faktor utamanya. Ya, betullah tu semua orang diberikan masa 24 sehari...cuma saya cuba sedaya upaya membahagikannya dengan baik...bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk keluarga dan mereka yang berada di sekeliling saya. Dalam masa yang sama saya rasa berdebar-debar menunggu kelahiran novel sulung kawan saya...Oh, sungguh tidak sabar. Beberapa hari lepas dia berkongsi cover novelnya...apa yang boleh saya beritahu...saya jatuh cinta dengan cover itu...tunggulah katanya novel itu akan berada di pasaran semasa Pesta Buku Kanak-Kanak hujung tahun ini.