Thursday, November 11, 2010

Minggu yang sibuk

ujung minggu ini juga sibuk dengan bermacam-macam aktiviti. Jualan gudang buku Big Bad Wolf sudah bermula 12 Nov sehingga 17 Nov. Ini jualan gudang mesti pergi sebab terlalu banyak buku (boleh mabuk buku!!!). Banyak buku yang boleh dilihat dan dibaca sebelum beli. Oh, sudah tentu akan ambil masa beberapa jam di sini. Hari ahad pula akan bersiap sebab sekolah kakak akan mengadakan konsert tahunan. Satu keluarga akan pergi sebab kakak ambil bahagian...di sebabkan konsert bermula selepas pukul 2 petang, jadi sudah tentu akan berakhir lewat petang pula...Jadi...aktiviti lain....tangguh dulu....Oh...tidak jika sempat mesti menulis juga sebaris dua ayat. heheheheh