Monday, March 30, 2009

Perjumpaan Pekan Ilmu


Seronok...itu yang mampu diucapkan. Berjumpa dan berbual dengan kawan-kawan baru. Bertambah koleksi kawan-kawan....cerita lanjut....

nota: SF pinjam gambar ni ya... (copy dari blog PIPSB)
http://pipsb.blogspot.com/2009/03/majlis-perjumpaan-di-pipsb-28-mac-2009.html

Monday, March 16, 2009

Klinik Qistina

Aku mengalami alahan yang teruk selepas melahirkan anak yang ketiga. Entah macam mana aku pun tak tahu...

Walaupun begitu aku tetap pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Masa berlalu, alahan tetap datang dan pergi. Hati meneka bahawa alahan ini bukan dari makanan, pakaian. Tetapi dari sesuatu yang aku kurang pasti. Hubby suruh aku pergi menjalani ujian darah. Katanya mungkin darah aku bertoksin. Maklumlah selepas melahirkan anak ketiga mungkin hormon dah kurang balance.

Masih memikirkan cadangan hubby. Sebab menurut doktor ujian darah hanya boleh mengesahkan aku ada alahan. Tetapi puncanya masih aku kena cari sendiri...

Hinggalah suatu petang ditempat kerja, alahan menjadi teruk tiba-tiba. Sebelah muka bengkak, lidah turut bengkak. Badan mula gatal-gatal. Bengkak akan membesar jika digaru. Kawan sepejabat juga pelik. Makan apa masa lunch tadi sampai bengkak begini. Aku tak makan apa-apa sekadar roti kosong!.

Malam itu aku pergi ke Klinik Qistina yang terletak di Taman Equine Park. Aku pesakit pertama. Masuk sahaja bilik rawatan terus aku tunjukkan bengkak kepada doktor.
"Oh! ini alahan yang kronik," tenang aja doktor bagitau.
Aku terkejut. Macam mana boleh tiba-tiba kronik sedangkan tidak sampai 6 bulan aku kena....
Lantas Dr Rozina menerangkan kepada aku, alahan sebegini selalunya dari punca yang tidak diketahui dan tidak mampu dielakkan seperti cuaca panas dan sejuk juga habuk. Aku perlu makan ubat selama 6 bulan berterusan. Selalunya pesakit seperti aku akan sembuh (InsyaAllah) selepas itu.

Alhamdullilah selepas mula makan ubat tersebut, alahan itu tidak pernah lagi datang secara tiba-tiba. Cuma puncanya masih aku belum ketahui. Sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan tentang kulit pergilah ke Klinik Qistina...bayarannya tidak mahal dan konsultansi juga bagus....

Thursday, March 12, 2009

Holiday la...la...la...syioknya

Akhirnya masa dan lokasi percutian telah ditetapkan.

Rasa cam tak sabar plak...heheheh maklumlah dah lama tidak pergi bercuti....

Lokasinya dekat sahaja hanya 2 jam perjalanan (kalau pandu keta slow) tapi tak kisah yang penting gembira dan hiburkan hati....

Yeaay!!!! cuti-cuti Malaysia

Tuesday, March 10, 2009

Hmmmm Alahai

Cuti sekolah datang lagi....

Walaupun cuma seminggu, tapi aku teringin untuk membawa anak-anak pergi bercuti. Mungkin sekadar 2hari 1 malam sahaja. Lokasinya....tengah fikir...mesti fikir sebab ada baby. Kena tengok keselesaan baby...

Harap-harap dapat pergi bercuti...tahun lepas pergi bercuti dalam keadaan sarat hamil...penatnya Allah sahaja yang tahu...

Selamat bercuti sekolah...

Perjumpaan & Pertemuan

Bulan Februari yang lalu ada jemputan perjumpaan penulis-penulis PTSOne. Sayang sekali aku tidak dapat menghadirkan diri kerana tugas. Walaupun hati teringin sekali untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Teringin sekali berjumpa dengan Kak Zee (hmm kali terakhir berjumpa dua yang lalu). Teringin juga berjumpa dengan En Alif Jepun...mungkin ada perkembangan terbaru tentang novel fiksyen fantasi yang kami tulis bersama.

Tetapi hendak buat macam mana. Orang kerja makan gaji memang kena mematuhi arahan syarikat. Selepas beberapa hari pertemuan itu berlangsung, aku hantar YM kepada Encik Alif (editor PTSOne) untuk mendapatkan maklumat berkenaan perjumpaan itu.

Semoga tahun ini aku mampu menyumbangkan sesuatu untuk PTSOne. Tempat aku mula menulis dan menghasilkan buku.

Hujung bulan ini pula ada perjumpaan penulis dan bakal penulis Pekan Ilmu. Harap-harap kali ini tiada halangan walaupun perjumpaan akan diadakan pada hari Sabtu. Tidak sabar rasanya hendak berjumpa dengan rakan-rakan baru... sesuatu yang baru pasti akan dapat dikongsi bersama....