Monday, March 16, 2009

Klinik Qistina

Aku mengalami alahan yang teruk selepas melahirkan anak yang ketiga. Entah macam mana aku pun tak tahu...

Walaupun begitu aku tetap pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Masa berlalu, alahan tetap datang dan pergi. Hati meneka bahawa alahan ini bukan dari makanan, pakaian. Tetapi dari sesuatu yang aku kurang pasti. Hubby suruh aku pergi menjalani ujian darah. Katanya mungkin darah aku bertoksin. Maklumlah selepas melahirkan anak ketiga mungkin hormon dah kurang balance.

Masih memikirkan cadangan hubby. Sebab menurut doktor ujian darah hanya boleh mengesahkan aku ada alahan. Tetapi puncanya masih aku kena cari sendiri...

Hinggalah suatu petang ditempat kerja, alahan menjadi teruk tiba-tiba. Sebelah muka bengkak, lidah turut bengkak. Badan mula gatal-gatal. Bengkak akan membesar jika digaru. Kawan sepejabat juga pelik. Makan apa masa lunch tadi sampai bengkak begini. Aku tak makan apa-apa sekadar roti kosong!.

Malam itu aku pergi ke Klinik Qistina yang terletak di Taman Equine Park. Aku pesakit pertama. Masuk sahaja bilik rawatan terus aku tunjukkan bengkak kepada doktor.
"Oh! ini alahan yang kronik," tenang aja doktor bagitau.
Aku terkejut. Macam mana boleh tiba-tiba kronik sedangkan tidak sampai 6 bulan aku kena....
Lantas Dr Rozina menerangkan kepada aku, alahan sebegini selalunya dari punca yang tidak diketahui dan tidak mampu dielakkan seperti cuaca panas dan sejuk juga habuk. Aku perlu makan ubat selama 6 bulan berterusan. Selalunya pesakit seperti aku akan sembuh (InsyaAllah) selepas itu.

Alhamdullilah selepas mula makan ubat tersebut, alahan itu tidak pernah lagi datang secara tiba-tiba. Cuma puncanya masih aku belum ketahui. Sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan tentang kulit pergilah ke Klinik Qistina...bayarannya tidak mahal dan konsultansi juga bagus....