Friday, October 30, 2009

Penghargaan…


Pernahkah kita bekerja dengan seorang kakitangan yang cekap?. Hampir kesemua kerja bergantung kepadanya. Seolah-olah tanpa dia syarikat akan hancur dan lingkup. Dia melakukan kerja dengan tekun sekali. Malah ada kalanya beberapa tugasan dalam satu masa. Paling parah jika semua tugasan itu penting. Bukan kerana dia tidak tahu membezakan antara yang penting dan paling penting…tetapi kerana bos kata semua tugasan paling penting dan selalu diberikan pada saat-saat terakhir.

Maka pekerja tadi tiba-tiba seolah-olah mempunyai kuasa. Mampu menyelesaikan tugasannya dengan baik. Si Ketua kemudian rasa tidak puas hati kerana pekerja mampu melakukan semua itu. Di beri lagi tugasan yang tidak munasabah…tetapi orang teraniaya dan lemah sentiasa di bantu…tugasan selesai.

Kadang-kadang terfikir apakah ketua ini terlalu buta kerana tidak tahu menghargai pekerja tadi. Memang secara logiknya pekerja seperti itu boleh di dapati dengan mudah. Hanya dengan satu iklan akan berduyun-duyunlah mereka datang…Adakah mereka ini seperti pekerja tadi…cekap bekerja walaupun tanpa kelulusan hanya berpandukan pengalaman…

Biasalah, jarang orang menghargai apa yang terbaik di sekeliling mereka. Selepas yang terbaik hilang…mungkin ada sedikit penyesalan. Atau langsung tiada penyesalan…

Tuesday, October 27, 2009

Sedih…



Baharu sahaja selesai membaca novel Lukisan Jiwa karya Mardihah Adam. Komen errr… sejujurnya cerita itu memang menyentuh perasaan. Terlalu menyentuh. Oleh sebab itu saya tidak membaca setiap helai tetapi melangkah dari bab ke bab yang lain.

Oh! tidak sanggup rasanya hendak membaca setiap helai. Tidak sampai hati membaca penderitaan Cah dan ketabahan Pie. Akan jadilah novel ini seperti novel Lily untuk Najah yang mengambil masa berbulan-bulan untuk dibaca setiap helaian. Sebabnya…tidak sanggup menangis…

Huhuhu jiwa-jiwa juga….hehehe tetapi inilah penangan dua buah novel yang sudah dibeli. Kali pertama melihat terus jatuh cinta. Tanpa membaca blurb terus bawa ke kaunter bayaran dan nah! Sudah jadi milik saya…

Tetapi…memang sedih…Lily untuk Najah hanya selesai dibaca selepas 6 bulan lebih dalam simpanan. Sedih dengan apa yang Tasya lalui untuk meneruskan hidup tanpa Najah….

Jadi saya menjangkakan Lukisan Jiwa juga akan tamat dibaca helaian demi helaian selepas beberapa bulan….mana sanggup hendak baca…

Selalu terfikir, mungkinkah wanita seperti Cah dan Tasya adalah mereka yang terpilih untuk diuji kerana mereka sememangnya tabah.

Tuesday, October 20, 2009

Sokongan dan Semangat



Seorang sahabat penulis yang bercerita tentang kadangkala semangat untuk terus menulis turun dengan mendadak atas sebab-sebab tertentu. Malah ada sahabat yang bakal menjadi seorang penulis terkenal juga merasakan sedemikian. Kasihan sungguh mendengarnya...

Mereka mencari sokongan dan semangat yang boleh dipinjam dan dijadikan cahaya kala mereka kegelapan. Saya mahu mereka terus berada disini dan terus menulis. Sayang dengan bakat dan kelebihan yang mereka ada. Mereka mampu menulis dan terus menulis dengan karya yang bagus. Saya terfikir dimana sokongan dan semangat semasa mereka memerlukan.

Oh! saya berdoa semoga suatu hari nanti akan ada seorang penulis senior yang sanggup meluangkan masa untuk mendengar rintihan para penulis yang baharu hendak memulakan langkah. Malah berharap agar mereka ini terus diberi peluang.

Tidak sengaja atau...



Pernahkah tiba-tiba seorang rakan kita memendam rasa marah terhadap kita, tanpa kita ketahui sebabnya. Atau tanpa kita sedari bahawa dia sedang memarahi kita sebenarnya?.

Kita pula, secara sedar atau tidak hanya bersikap seperti biasa. Menganggap tidak ada apa yang berlaku atau mungkin kawan itu sedang menghadapi penyakit bulanannya.

Sama ada sengaja atau tidak, mungkin kita perlu sedikit perihatin dengan segelintir kawan/sahabat yang mudah tersinggung. Mungkin kita tidak bermaksud untuk menyinggungnya tetapi apakan daya.

Kadangkala kita pula yang menjadi mangsa. Entah mengapa dan apakah sebabnya secara tiba-tiba kawan kita bagai diserang gempa bumi. Tiba-tiba menyindir kita.

Apa yang berlaku kadangkala bukan disengajakan, tetapi ada juga yang disengajakan. Mungkin sakit hati dengan kelebihan orang lain atau marah orang lain, tetapi hamburkan kemarahan kepada orang lain.

Mungkinkah ini sesuatu yang disengajakan?

Thursday, October 8, 2009

Senyap dan Sunyi

Memang senyap dan sunyi selepas aidilfitri kerana ingin menterjemahkan dan melakarkan idea diatas kertas. Bimbang jika terkumpul terlalu lama nanti akan reput dan perlahan-lahan hilang dari ingatan...

Oh! Sebenarnya rasa teruja sebab dapat menyertai Bengkel Penulisan Thriller yang dikendalikan oleh Alaf21. Malangnya terpaksa di tunda kepada 14 November. Tapi tidak mengapa kerana Bengkel Penulisan Cerpen yang dikendalikan oleh Puan Nisah Haron akan berlangsung pada 17 Oktober. Rasa tidak sabar tetapi dalam masa yang sama rasa gerun dan kecil membaca cerpen-cerpen daripada penulis lain. Wuih! cerpen mereka memang best...