Tuesday, October 27, 2009

Sedih…



Baharu sahaja selesai membaca novel Lukisan Jiwa karya Mardihah Adam. Komen errr… sejujurnya cerita itu memang menyentuh perasaan. Terlalu menyentuh. Oleh sebab itu saya tidak membaca setiap helai tetapi melangkah dari bab ke bab yang lain.

Oh! tidak sanggup rasanya hendak membaca setiap helai. Tidak sampai hati membaca penderitaan Cah dan ketabahan Pie. Akan jadilah novel ini seperti novel Lily untuk Najah yang mengambil masa berbulan-bulan untuk dibaca setiap helaian. Sebabnya…tidak sanggup menangis…

Huhuhu jiwa-jiwa juga….hehehe tetapi inilah penangan dua buah novel yang sudah dibeli. Kali pertama melihat terus jatuh cinta. Tanpa membaca blurb terus bawa ke kaunter bayaran dan nah! Sudah jadi milik saya…

Tetapi…memang sedih…Lily untuk Najah hanya selesai dibaca selepas 6 bulan lebih dalam simpanan. Sedih dengan apa yang Tasya lalui untuk meneruskan hidup tanpa Najah….

Jadi saya menjangkakan Lukisan Jiwa juga akan tamat dibaca helaian demi helaian selepas beberapa bulan….mana sanggup hendak baca…

Selalu terfikir, mungkinkah wanita seperti Cah dan Tasya adalah mereka yang terpilih untuk diuji kerana mereka sememangnya tabah.