Tuesday, July 28, 2009

Horrraaaaayyyyy....Abang Juara

Wah! abang bangga hari ini kerana mendapat pingat emas dalam sukan…hehehe tidak sia-sia berlatih 3x seminggu di sekolah.

Awal pagi hujan lebat. Ingatkan sukan akan dibatalkan kerana padang dah jadi sawah padi. Tetapi masa aku dan abang sampai, padang kering sahaja. Namun sukan tetap diteruskan cuma lewat sedikit. Jadi mana-mana pelajar yang acaranya paling awal terpaksa berlari dalam hujan…

Tahun lepas pun hujan semasa sukan. Masa itu padang memang separuh sawah padi. Paling lawak ada ibubapa yang datang menonton acara sukan berpakaian macam hendak pergi shopping. Si ibu lengkap dengan kasut tumit tinggi yang halus, beg tangan mahal, baju dan seluar yang ala-ala hendak ke klcc. Si ayah pun sama….alahai dengan padang seperti sawah padi masih berpakaian dan berkasut begitu. Kasihan juga melihatnya…atau akukah yang tidak pandai bergaya….


Apa pun Tahniah untuk abang kerana menang…menang sukan, menang gaya dan menang sorak…hooraaay

Friday, July 24, 2009

Sakit Hati...Suka Cari Pasal...

Ceritanya begini, tidak ada angin, mahu pun ribut atau pun La Nina, tiba-tiba kena panggil atas alasan tidak menjawap panggilan telefon dengan professional. Katanya tidak menyebut nama syarikat setiap kali menjawap panggilan. Ha! hmmm...aku (watak utama dalam cerita ini) di panggil oleh ketua dan diberi amaran kerana tidak professional dalam menjawap panggilan telefon. Kata Boss perkara ini sudah lama berlaku dan sudah lama dia hendak menegur aku...


Kemudian cerita keduanya, ada pelanggan marah kerana tidak dapat menghubungi seseorang (gelaran untuknya Mr. F) dan meninggal pesanan (tidak tahu apa pesanannya). Tetapi pesanan itu tidak sampai. Marahlah si pelanggan. Entah bagaimana pelanggan itu dapat nombor telefon bimbit Mr F. Marah Mr F kerana tidak menerima pesanan yang di tinggalkan. Jadi Mr F membuat lapuran kepada ketua bahawa ini gara-gara si receptionist yang tidak professional. Segala pesanan yang sepatutnya disampaikan tidak sampai...

Allah Maha Kuasa...aku dapat tahu juga ceritanya. Dari mana asal sumbernya. Aku tanya sendiri orang itu...tapi dia mengelak...dengan muka berkerut seolah-olah tidak tahu apa yang aku maksudkan...Kemudian mengelak dari menjawap soalan aku siapa pelanggan yang marah itu!!!!....

Aku...dunia ini bulat dan tidak selamanya kamu diatas...

Thursday, July 23, 2009

Selesai...

Legaaaaa....siap juga satu manuskrip seperti yang dijanjikan.
Masih ada lagi yang belum siap, separuh siap dan masih ada yang diperingkat sinopsis.


Janji...cuba siapkan sebanyak yang boleh. Kena paksa diri untuk siapkan. Mesti ada matlamat. Jika tidak memang tidak akan siap. Asyik kagum dengan penulis yang prolifik. Jadi inilah masanya untuk membuktikan sama ada aku prolifik atau tidak. Semua orang ada jumlah masa yang sama. Tetapi ada tanggungjawap yang berbeza....hehehehe...

Keluarga menjadi pendorong. Lebih-lebih lagi anak selalu bertanya,"Mama letak abang jadi hero ke?" "Mama, kalau mama tulis cerita, kakak hendak jadi puteri!" hehehe macam-macam anak-anak...

Tuesday, July 14, 2009

Projek Baru vs Projek Lama

Sekarang ini sedang sibuk menulis buku Usahawan Cilik dalam masa yang sama aku sedang berusaha untuk menyiapkan sebuah cerita pengembaraan (asalnya novel dan dalam perancangan untuk menukarkannya kepada komik). Jadi masa yang sedikit itu kena digunakan sepenuhnya. Anggaplah ini satu komitment yang perlu dilunaskan. Tahu lepas hanya ada satu buku dan tahu ini tiada langsung. Jadi kena buat untuk tahun depan dan tahun-tahun seterusnya.

Rasa iri hati dengan penulis-penulis lain yang mendapat rezeki durian runtuh. InsyaAllah aku percaya satu hari nanti rezeki anak-anak aku akan ada juga. Untuk itu aku kena berusaha dan terus berusaha.

Thursday, July 2, 2009

Animasi kartun hasil lukisan Firas...



Mama bangga dengan abang.....