Wednesday, April 27, 2011

Sehari di KLIBF 2011



Akhirnya berjaya juga sampai….(macam tidak pernah pergi!) Rancangnya hendak pergi pada hari dan waktu bekerja. Alasannya…sudah tentu tidak ramai orang. Tidak perlu bersesak-sesak dan paling penting boleh pilih buku dengan tenang dan tidak ada gangguan daripada “sales person”.

Namun apa yang dibayangkan tidak menjadi kenyataan. Seawal 9pagi sudah ada 4 buah bas sekolah besar berhenti di hadapan pintu utama…Oh, tidak…ya, memang ramai. Belum pun pukul sepuluh tetapi pengunjung sudah ramai…biarpun tidak seramai hujung minggu tetapi tetap ramai…..

Tapi tidak mengapalah…sebabnya dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan (Ayie (penulis buku sibelang & namun ku punya hati, Jue (Penulis buku Viva Sakura , Puteri Karla dan Bunga di rimba, Farah (penulis buku The Untold Story).

Seperti biasa saya memang dah merancang untuk beli beberapa buah buku….jadi tertunailah hasrat. Hanya terfikir tahun ini penyertaan KLIBF2011 seakan berkurangan…kerana berdasarkan tahun sebelumnya penyertaan sehingga ke dewan pameran seberang sungai…tapi kali ini tidak ada…

Apa pun saya tetap berpuas hati…merancang hendak pergi lagi (wah!) mencari buku yang terlupa dibeli…kepada yang belum pergi atau tidak pernah pergi…cubalah pergi pasti ada sesuatu yang menarik perhatian di sana…..

Thursday, April 21, 2011

KLIBF 2011


Bahangnya makin terasa…walaupun tak ada buku yang keluar semasa pesta kali ini…tapi semangat untuk memiliki beberapa buah buku (benarkah beberapa buah sahaja?) amat berkobar-kobar sekali.

Jadi saya memilih hari orang lain bekerja untuk saya menjamu mata. Yalah, kalau sabtu dan ahad tentu tidak selesa memilih kerana orang terlalu ramai. Memanglah hujung minggu itu meriah. Meriah dengan laungan memanggil pembeli menziarahi booth masing-masing.

Saya juga sukakan kemeriahan itu, tetapi bimbang terleka, lalu tergoda dan akhirnya saya TERbeli lebih banyak daripada yang tersenarai…hehehehe.

Jadinya saya akan tetap ke PWTC untuk memeriahkan hari yang tidak sibuk heheheh….

Monday, April 18, 2011

Bebaloikah mempertahankan ego?



Berbaloikah? Mungkin! Sangat berbaloi? Benarkah? Tidak berbaloi langsung? Hmmm

Semua orang ada jawaban sendiri. Walau apa pun jawaban itu, jangan fikir dan pandang pada diri sendiri, tetapi buka mata dan pandang sekeliling.

Berbaloikah mempertahankan ego kalau menjejaskan hubungan kekeluargaan? Bukan tidak boleh mempertahankan ego…boleh dan dibenarkan, hanya fikirkan supaya ego itu tidak makan diri sendiri.

Mahukah kita bercerita sepanjang usia tentang penyesalan kita kerana mempertahankan ego? Sanggupkah kita mempertahankan ego sehingga terlalu lewat menyedari kebenarannya? Bolehkah kita melupakan ego yang menggunung tinggi demi sebuah hubungan?

Penting sangatkah ego yang dipertahankan? Hinakah jika kita mengalah? Akan runtuhkah dunia jika kita mengalah, melupa dan memaafkan...

Oh mungkin ada yang kata...awak tidak faham kerana bukan awak yang melaluinya...

Benarkah tidak ada orang yang faham BETAPA PENTINGNYA awak mempertahankan ego?

Apa pun...jangan sampai semuanya terlambat...sebab pada masa itu...orang hanya boleh berkata simpati tapi masa yang terbuang kerana mempertahankan EGO tidak akan kembali...sebab ini realiti hidup bukan cerita drama!

Monday, April 11, 2011

Masih trauma?

Masih rasa trauma...kejadian jumaat lepas memang menakutkan...Pejabat kena pecah dan saya adalah orang pertama yang sampai di pejabat. Melihat keadaan pejabat yang separuh? (sebab ada beberapa meja yang pencuri tidak usik!)berselerak. Jadi pagi ini semasa sampai pun...masih ada rasa ragu-ragu hendak naik ke tingkat dua. Mata pandang keliling walaupun tahu hubby masih ada dalam kereta tunggu saya naik pejabat.

Sekarang ni suspicious je tengok orang yang asyik lalu lalang di kawasan ini...lagi pun bukan opis saya je yang kena...opis jiran pun kena juga...