Monday, April 18, 2011

Bebaloikah mempertahankan ego?



Berbaloikah? Mungkin! Sangat berbaloi? Benarkah? Tidak berbaloi langsung? Hmmm

Semua orang ada jawaban sendiri. Walau apa pun jawaban itu, jangan fikir dan pandang pada diri sendiri, tetapi buka mata dan pandang sekeliling.

Berbaloikah mempertahankan ego kalau menjejaskan hubungan kekeluargaan? Bukan tidak boleh mempertahankan ego…boleh dan dibenarkan, hanya fikirkan supaya ego itu tidak makan diri sendiri.

Mahukah kita bercerita sepanjang usia tentang penyesalan kita kerana mempertahankan ego? Sanggupkah kita mempertahankan ego sehingga terlalu lewat menyedari kebenarannya? Bolehkah kita melupakan ego yang menggunung tinggi demi sebuah hubungan?

Penting sangatkah ego yang dipertahankan? Hinakah jika kita mengalah? Akan runtuhkah dunia jika kita mengalah, melupa dan memaafkan...

Oh mungkin ada yang kata...awak tidak faham kerana bukan awak yang melaluinya...

Benarkah tidak ada orang yang faham BETAPA PENTINGNYA awak mempertahankan ego?

Apa pun...jangan sampai semuanya terlambat...sebab pada masa itu...orang hanya boleh berkata simpati tapi masa yang terbuang kerana mempertahankan EGO tidak akan kembali...sebab ini realiti hidup bukan cerita drama!