Wednesday, January 27, 2010

Ku sangka kecil sahaja…..

Itulah yang terjadi pada asalnya kerana menyangka itulah adalah sebutir jerawat yang bertandang setiap bulan…

Tetapi rupanya memang besar. Doktor yang merawat mengatakan Cyst itu telah pecah dan perlu dibuang dengan segera. Kena tidur di hospital kerana pembedahan akan menggunakan bius seluruh badan dan pemantauan perlu di lakukan selepas pembedahan.

20hb Jan 2010 pukul 3 petang pembedahan dijalankan. Seperti yang diberitahu memang tidak sedar. Hanya sedar selepas pukul 5petang. Di pindahkan semula ke wad. Hari kedua sebelum keluar, doktor mengarahkan jururawat mencuci luka pembedahan…sempat tanya jururawat sama sakit atau tidak semasa luka itu dicuci. Jawapnya, saya tengok dahulu ya. Ternyata jururawat terkejut semasa melihat luka pembedahan. Cadangannya ambil painkiller melalui suntikan selepas setengah jam kemudian cuci luka….
Doktor beri surat cuti bermula 20 Jan sehingga 2 Feb…

Minta jururawat yang baik hati untuk ambil gambar, hendak tunjuk pada hubby dan anak-anak. Masing-masing terkejut semasa tengok luka pembedahan. Hari berikutnya semasa buat “dressing” hubby kata “besar dan dalam luka”

Bermulalah temujanji dengan doktor untuk sesi cuci mencuci. Sakitnya…tanggung sendiri…ubat tahan sakit dan antibiotik memang kuat sehingga ulser pula muncul dalam mulut…Hilang selera makan…(boleh kurus ni…ahaks…)

Oh pagi ini selepas seminggu, hubby ganti sendiri plaster luka…hanya plaster luka sebab yang lain kena lakukan di hospital…masih terasa pedih..lengan masih tidak boleh angkat tinggi…

Doktor kata luka pembedahan akan bercantum semula selepas 2 minggu…luka baik seperti sediakala mesti lama lagi….

Oh kenangan awal tahun 2010….

Thursday, January 14, 2010

.........


Best man win,” kata Ammar dengan yakin

Ya, betullah tu,” sambut Raiq

---------------------------------------------------

“Aik! bukankah hari itu kau juga yang cakap ‘best

man win
’,” sindir Raiq

“Bukan jodoh aku dan dia,” kata Ammar lemah

"Sekarang apa cerita?. Sudah hendak bertunang dengan orang lain pula?” soal Raiq

Ammar tersenyum kelat. Dia tahu hatinya. Cuma dia tidak tahu mengapa sehingga kini

dia tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap Zuyyin. Mungkin dia senang dengan

status teman tapi mesra . Atau dia tidak berani meluahkan perasaan, bimbang akan

terus kehilangan Zuyyin. Tetapi sekarang dia sudah pun kehilangan Zuyyin. Tidak belum

lagi sebenarnya, tetapi sudah mulai kehilangannya kerana Zuyyin akan bertunang dengan

seseorang.

Mesin basuh rosak…arghhhhh!!!!!!



Aduh susah hati betul….macam mana ya, kain baju banyak…ingat hendak juga basuh ala-ala Puteri Mayang Sari di tepi sungai, sambil menyanyi-nyanyi ahaks …tapi…realtinya…

Apa pun mesin basuh itu memang banyak jasanya. Tidak terkira…sudah lebih 5 tahun berkhidmat dan tidak pernah sekali pun merungut. Cuma masanya sudah sampai….Nasib baik baju masih boleh di basuh dengan mesin hanya bahagian pengeringan rosak…tidak mengapa, masih boleh jemur lambat kering sahaja. Kalau cuaca panas terik tentu boleh kering macam biasa….

Tugasan seterusnya…cari mesin basuh baru…agak-agak ada tak jual mesin pengering yang berasingan… jadi boleh beli mesin pengering sahaja…Ohhhhooooo hujung minggu yang sibuk…….

Friday, January 8, 2010

Blog Kegemaran


Ada blog kegemaran? Menjengah setiap hari tanpa rasa jemu? Rasa hidup tidak lengkap jika tidak menjengahnya? Sanggup tidak keluar makan tengahari kerana hanya itu sahaja masa yang ada untuk menjengah blog kegemaran ? Senyum sendirian tatkala menatap blog kegemaran ? Rasa puas menatap blog itu walaupun maklumat atau ceritanya sama seperti semalam ?


Uh! Kedengaran macam teruk…tetapi itulah yang berlaku. Semangat yang diserap daripada blog kegemaran dialihkan kepada aktiviti harian. Macam bateri energizer pula.

Kadangkala blog itu sekadar cerita biasa sahaja. Tetapi auranya membuatkan si pengikut merasakan blog itu istimewa. Lain orang akan mempunyai pandangan yang berbeza.

Aku ada beberapa blog yang sudah semestinya setiap hari di jengah walau sesibuk mana sekalipun. Walaupun maklumatnya sama sahaja seperti semalam dan hari sebelumnya, namun blog-blog itu tetap di jengah. Kadang kala di jengah beberapa kali dalam sehari.

Jadi jika ada tekanan dalam kerja, maka blog ini adalah tempat lawatan yang paling mujarab. Heheheh bukan kena keluar duit pun, Cuma klik sahaja..sampai..errr tidak perlu ambil cuti pun….

Kakak sudah sekolah....


Hari pertama kakak masuk tadika. Sengaja ambil ½ cuti sehingga Khamis. Alasan utama bimbang kakak menangis. Lagipun kakak boleh dikategorikan sebagai cerewet. Tandas mesti bersih. Makan jika di luar mesti guna sudu. Barang-barang cuma boleh pinjam kalau di benarkan. Cerewet dalam soal berkawan. Kalau agak-agak dia tak suka, jangan harap dia akan tegur orang itu. Aku dan abahnya cakap kakak ni ala-ala mak datin….

Hari pertama hantar, kakak relaks sungguh. Tidak nampak rasa ragu-ragu pada wajahnya. Biasanya setiap pagi belikan donut, tapi kali ini hanya hendak makan roti berperisa strawbery. Jadi duduklah di hadapan kelas menunggu. Reaksi pertama cikgu, “bagusnya dia berani. Tak menangis,” sedangkan ada pelajar lain sampai kena dukung dengan cikgu.

Masa makan, kakak makan langsung tidak ada komplen. Rasa hairan juga. Hari kedua waktu masih awal (sebab sekolah mula 8.30am masa tu belum pukul 8 lagi) jadi ajak dia minum dahulu. Oh ! tidak mahu makan, asyik tanya « sekolah kakak sudah buka ke ? » akhirnya hantar ke sekolah. Gembiranya dia. Tak sabar turun daripada kereta.
Akhirnya hari kedua, tidak ambil pun cuti ½ . Lepas hantar kakak terus masuk pejabat.

Hari ini sudah hari kelima kakak sekolah. Dia mesti hendak pergi awal walaupun jam belum pukul 8 pagi. Alasan kawan tunggu. Hinggakan tidak sempat makan roti.

Harapnya semangat hendak ke sekolah terus membara biar pun sudah lama meninggalkan sekolah tadikanya.

Oh! adik pula moyok sebab tidak ada kawan bermain. Kakak sekolah dan sibuk dengan kerja rumah…heheheh kasihan pula adik sebab bila kakak balik terus peluk…..