Monday, May 11, 2009

Anak SCORE A, Ibu Ayah Score RM

17 Mei 2009 - menghadiri kursus NDO (New Distributor Orientation) untuk program Score A (eja betul-betul; bukan SKOR A ya!)

Menarik memang menarik. Ibubapa berpeluang menambah pendapatan tanpa mengabaikan pelajaran anak-anak. Macam mana tu?. Ok macam ini, program SCORE A adalah program e-learning khusus untuk pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 3. Anak-anak akan membuat latih tubi secara online. Submit set soalan yang telah selesai dan terus dapat keputusan. Jadi anak boleh terus membuat latihan kepada topik yang mereka lemah. Istimewanya, anak-anak tidak akan berjumpa dengan soalan-soalan yang sama.

Anak-anak juga boleh membuat latihan pada bila-bila masa. Mudah bukan? Malahan jika ibubapa tidak sempat melihat keputusan anak-anak juga mereka boleh terima keputusan melalui SMS. Lagi mudah. Exam Score A terbahagi kepada 3, easy, medium & hard. 80% adalah markah lulus anak-anak. Jika anak kurang dari 80% semasa exam SCORE A, maka anak-anak tidak boleh pergi ke level seterusnya


Tetapi bagaimana pula ibubapa boleh menambahkan pendapatan?
Parent boleh beli satu pakej untuk kegunaan dua orang anak selama 6 bulan dengan harga RM596. Kemudian apa yang parent perlu buat, mereka perlu mencari 2 orang downline @kaki dibawahnya...Hanya dua sahaja. Dua orang yang didaftarkan akan membolehkan ibubapa mendapat bonus. (ini adalah sistem networking). Jadi jika carta ini di duplikasikan maka, ibubapa dan semua yang berada didalam group itu akan terus mendapat bonus. Mudahkan...berminat. Maklumat lanjut sila hubungi saya melalui email. Anda akan di beri maklumat juga kata laluan untuk anda melihat demo.

Jangan tunggu lama-lama untuk membuat keputusan...

Friday, May 8, 2009

Dan Sebenarnya...

"Abang, satu teh tarik dan satu nescafe,"pesan Azira kepada pelayan gerai.

Malini sibuk mengeluarkan novel. Dia mahu menyambung bacaannya. Jalan cerita novel itu membuatkan dia tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.

"Eh, kau nak makan apa?"tanya Azira.
"Apa-apa yang sedap,"balas Malini tanpa menoleh kearah Azira. Matanya terpaku mengikuti jalan cerita.

Azira bangun untuk membuat pesanan makanan.

"Cik, ini airnya,"seorang pelayan meletakkan air dihadapan Malini.

Malini menggangukan kepalanya sambil mengucapkan terima kasih. Dia tidak sekali pun mengalihkan pandangan. Tetapi Malini menyedari bahawa pelayan itu seakan tidak berganjak dari tempat duduknya.

"Abang, sekejap lagi kawan saya akan buat bayaran,"kata Malini.

Tetapi lelaki itu tidak berganjak. Malini mengangkat mukanya.

"Awak!"Malini terkejut besar.

Terkejut besar kerana bertemu dengan Azril. Lelaki yang memang di letakkan dalam kategori musuh ketatnya.

"Maafkan saya, Malini,"kata Azril.

Malini terus memasukkan bukunya kedalam beg. Dia segera bangun. Wajahnya masam mencuka. Matanya liar mencari Azira. Tetapi kelibat Azira tidak kelihatan di mana-mana. Malini tidak mahu bertengkar lagi. Dia benci lelaki itu.

"Tolonglah maafkan saya,"rayu Azril.

"Eh! kenapa ni,"tiba-tiba Azira muncul entah dari mana.

"Mari kita keluar, aku tidak ada selera untuk makan sekarang,"Malini menarik tangan Azira.

"Eh, aku sudah order makanan,"bantah Azira.

"Batalkan sahaja, biar aku bayar,"keras suara Malini.

Azira memandang Azril yang kelihatan serba salah. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi hatinya sempat memuji ketampanan Azril. Malini segera membuat bayaran.Dia mengheret Azira keluar dari gerai tersebut.

"Engkau kenapa?. Siapa lelaki handsome tadi?"tanya Azira.

Malini mengeluh. Dia memandang ke arah gerai. Dari dalam kereta dia nampak Azril masih berdiri memandangnya. Wajah itu tidak kelihatan sombong seperti sebelumnya.



"Lain kali aku cerita,"kata Malini.

"Ok, tapi aku lapar. Marilah kita cari kedai lain,"ajak Azira.

"Jom!, aku belanja makan di Sila Rasa,"kata Malini.

Azira menggangukkan kepala.

Wednesday, May 6, 2009

Masih adakah maaf...?

Aku duduk memerhatikan dia yang sedang bekerja. Tangannya lincah menyediakan hidangan untuk pelanggan yang datang. Malahan dia juga ramah melayan pelanggan. Dia juga kadangkala membantu pelanggan warga emas untuk duduk dimeja.

Aku memerhati sekeliling. Tidak ramai pelanggan hari ini. Atau aku yang terlalu awal?. Selalunya gerai makan ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan berbanding dengan gerai yang terletak disebelah menyebelah. Adakah kerana dia yang ramah dan manis atau kerana masakkan yang ada digerai ini menepati selera ramai orang?. Entahlah sukar untuk aku teka.

Tetapi apa pula alasan aku ke sini? Sarapan seperti orang lain?. Sarapan? huh! Selalunya aku sarapan dirumah sahaja. Sarapan yang selalu disediakan oleh Makcik Biah.

"Ya! encik hendak minum apa?"tanya seorang anak muda yang berdiri dihadapanku.
Aku memandangnya dari atas kebawah. Anak muda itu nampak tidak selesa. Tetapi dia tetap berdiri dihadapanku menanti pesanan dariku.

"Nescafe panas,"akhirnya aku membuat pesanan.

Anak muda itu segera berlalu. Mataku mencari-cari si dia. Tiba-tiba pandangan kami bertembung. Si dia dengan pantas melarikan matanya. Dia terus melayan pelanggan yang keluar dan masuk dari gerai itu. Aku segera melambai anak muda yang mengambil pesananku sebentar tadi.

"Encik hendak pesan makanan?"tanyanya.

"Boleh tak kamu minta perempuan itu hantar air saya?"tanyaku lalu menunjuk ke arah dia.

Anak muda itu berpaling lalu mengganguk. Segera dia menyampaikan pesananku kepada si dia. Si dia nampak terkejut, tetapi kelihatan tidak cuba membantah.

"Encik, ini airnya,"Si dia meletakkan cawan dengan sopan dimejaku.

Kemudian dia bersedia untuk meninggalkan aku.

"Cik, saya mahu minta maaf?"kataku perlahan.

Belum sempat si dia bersuara, bahuku pula terasa ditepuk.

"Engkau kemana?. Puas aku cari?"soal seseorang.

Aku berpaling dan melihat Hanif tersenyum. Tanpa di pelawa Hanif duduk dihadapanku.

"Saya hendak teh tarik, ya,"Hanif segera membuat pesanan.

Tanpa berlengah si dia mula melangkah. Aku segera memanggilnya semula.

"Cik...saya...,"aku terhenti.

"Sudahlah, Azril, jangan ganggu dia lagi. Kasihan semalam dia sudah menangis kerana mendengar maki hamun kamu,"tiba-tiba Hanif memberi nasihat.

"Aku hanya ingin meminta maaf atas kekasaran aku semalam,"terus ayat itu meluncur dari mulutku.

Tanpa sepatah kata si dia terus berlalu. Malahan pesanan Hanif hanya dihantar oleh orang lain. Aku mengeluh. Masihkah ada maaf untukku?...