Monday, January 24, 2011

Minggu ini genap tiga tahun…

a minggu ini genap tiga tahun. Mengimbas semula kejadian yang berlaku tiga lepas rasa hati jadi kosong sekosongnya. Mengapa secara tiba-tiba terkenang. Bukan sengaja mengingatkannya, tetapi entahlah…setiap tahun, hujung bulan Jan, satu soalan pasti yang kakak pasti akan tanya…”Ingat tak?” Aku memang sedar kakak memang rapat dengannya dahulu…
Tiga tahun yang lalu berlaku pada hari sabtu…rutin pagi masak sarapan, basuh kain dan kemudian merancang lap lantai…terima panggilan seawal pukul 9 pagi.
“Atih dah takde.” Kata adikku selepas panggilan dijawab.
“Takde?” aku memang blur langsung tidak fikir apa-apa pun.
“Dah meninggal.” Ringkas katanya.
Aku terdiam, terkejut dan segala ter. Tidak tahu apa yang hendak ditanya. Kata adikku, dia ada dihospital sedang menguruskan jenazah. Dia juga akan menyediakan semua dokumen yang diperlukan supaya jenazah tidak dibedah siasat. Pesannya hubungi saudara mara terdekat. Kemudian talian terputus. Aku pandang anak-anak dan suami. Tanpa dipaksa airmata mengalir. Aku menangis sungguh-sungguh. Hubby peluk dan minta aku bersabar. Anak-anak menangis bila tahu berita itu. Mereka memang rapat walaupun Atih ‘begitu’.
Aku berkemas apa yang patut. Hubungi mana-mana saudara mara terdekat. Di rumah suasana sunyi sepi. Tetamu mulai datang berziarah. Aku siapkan hidangan seadanya. Tetamu yang menziarah tanya bila jenazah akan sampai. Adik di hospital aku hubungi, katanya mungkin selepas asar kerana urusan dokumen dan dia juga meminta pihak hospital menguruskan jenazah.
Airmata tumpah lagi selepas melihat jenazah buat kali terakhir di masjid. Dia selamat disemadikan selepas solat asar. Aku memang tidak pernah lupa dia, apatah lagi setiap tahun menjelang hujung bulan Jan, kakak atau abang akan bertanya soalan “Ingat tak?. Satu je pesan aku sedekah kan Al-Fatihah untuknya, tanda kita tidak pernah lupakan dia…

Friday, January 7, 2011

Dilantik sebagai COO?




Wah, tajuk yang kontroversi. Jangan cemburu ya,
Hari ini menghadiri mesyuarat pekerja sempena tahun baru. Bos bercakap panjang lebar tentang resolusi syarikat untuk tahun 2011. Tentang apa yang boleh menaikkan motivasi pekerja supaya menjadi lebih rajin (oh, selama ini malas rupanya mereka…ahaks). Kemudian selepas beberapa minit, bos memberitahu dia memerlukan seorang pembantu yang akan memegang jawatan COO. Wah masing-masing sudah senyum sampai ke telinga. Aku…ala diam sahaja, sebab sudah tahu mesti ketua jabatan sahaja yang layak (kan..kan…). Tiba-tiba bos kata COO itu tidak semestinya ketua jabatan yang sedia ada, mungkin dia adalah pekerja biasa. Kerana kata bos, dia memerhatikan setiap pekerjanya. Ceh, tiba-tiba sahaja aku terbayang akulah calon itu…kah…kah..kah…
Lawak petang selepas penat menyiapkan 20 manual latihan….hehheheh