Monday, January 24, 2011

Minggu ini genap tiga tahun…

a minggu ini genap tiga tahun. Mengimbas semula kejadian yang berlaku tiga lepas rasa hati jadi kosong sekosongnya. Mengapa secara tiba-tiba terkenang. Bukan sengaja mengingatkannya, tetapi entahlah…setiap tahun, hujung bulan Jan, satu soalan pasti yang kakak pasti akan tanya…”Ingat tak?” Aku memang sedar kakak memang rapat dengannya dahulu…
Tiga tahun yang lalu berlaku pada hari sabtu…rutin pagi masak sarapan, basuh kain dan kemudian merancang lap lantai…terima panggilan seawal pukul 9 pagi.
“Atih dah takde.” Kata adikku selepas panggilan dijawab.
“Takde?” aku memang blur langsung tidak fikir apa-apa pun.
“Dah meninggal.” Ringkas katanya.
Aku terdiam, terkejut dan segala ter. Tidak tahu apa yang hendak ditanya. Kata adikku, dia ada dihospital sedang menguruskan jenazah. Dia juga akan menyediakan semua dokumen yang diperlukan supaya jenazah tidak dibedah siasat. Pesannya hubungi saudara mara terdekat. Kemudian talian terputus. Aku pandang anak-anak dan suami. Tanpa dipaksa airmata mengalir. Aku menangis sungguh-sungguh. Hubby peluk dan minta aku bersabar. Anak-anak menangis bila tahu berita itu. Mereka memang rapat walaupun Atih ‘begitu’.
Aku berkemas apa yang patut. Hubungi mana-mana saudara mara terdekat. Di rumah suasana sunyi sepi. Tetamu mulai datang berziarah. Aku siapkan hidangan seadanya. Tetamu yang menziarah tanya bila jenazah akan sampai. Adik di hospital aku hubungi, katanya mungkin selepas asar kerana urusan dokumen dan dia juga meminta pihak hospital menguruskan jenazah.
Airmata tumpah lagi selepas melihat jenazah buat kali terakhir di masjid. Dia selamat disemadikan selepas solat asar. Aku memang tidak pernah lupa dia, apatah lagi setiap tahun menjelang hujung bulan Jan, kakak atau abang akan bertanya soalan “Ingat tak?. Satu je pesan aku sedekah kan Al-Fatihah untuknya, tanda kita tidak pernah lupakan dia…