Friday, May 8, 2009

Dan Sebenarnya...

"Abang, satu teh tarik dan satu nescafe,"pesan Azira kepada pelayan gerai.

Malini sibuk mengeluarkan novel. Dia mahu menyambung bacaannya. Jalan cerita novel itu membuatkan dia tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.

"Eh, kau nak makan apa?"tanya Azira.
"Apa-apa yang sedap,"balas Malini tanpa menoleh kearah Azira. Matanya terpaku mengikuti jalan cerita.

Azira bangun untuk membuat pesanan makanan.

"Cik, ini airnya,"seorang pelayan meletakkan air dihadapan Malini.

Malini menggangukan kepalanya sambil mengucapkan terima kasih. Dia tidak sekali pun mengalihkan pandangan. Tetapi Malini menyedari bahawa pelayan itu seakan tidak berganjak dari tempat duduknya.

"Abang, sekejap lagi kawan saya akan buat bayaran,"kata Malini.

Tetapi lelaki itu tidak berganjak. Malini mengangkat mukanya.

"Awak!"Malini terkejut besar.

Terkejut besar kerana bertemu dengan Azril. Lelaki yang memang di letakkan dalam kategori musuh ketatnya.

"Maafkan saya, Malini,"kata Azril.

Malini terus memasukkan bukunya kedalam beg. Dia segera bangun. Wajahnya masam mencuka. Matanya liar mencari Azira. Tetapi kelibat Azira tidak kelihatan di mana-mana. Malini tidak mahu bertengkar lagi. Dia benci lelaki itu.

"Tolonglah maafkan saya,"rayu Azril.

"Eh! kenapa ni,"tiba-tiba Azira muncul entah dari mana.

"Mari kita keluar, aku tidak ada selera untuk makan sekarang,"Malini menarik tangan Azira.

"Eh, aku sudah order makanan,"bantah Azira.

"Batalkan sahaja, biar aku bayar,"keras suara Malini.

Azira memandang Azril yang kelihatan serba salah. Dia tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi hatinya sempat memuji ketampanan Azril. Malini segera membuat bayaran.Dia mengheret Azira keluar dari gerai tersebut.

"Engkau kenapa?. Siapa lelaki handsome tadi?"tanya Azira.

Malini mengeluh. Dia memandang ke arah gerai. Dari dalam kereta dia nampak Azril masih berdiri memandangnya. Wajah itu tidak kelihatan sombong seperti sebelumnya.



"Lain kali aku cerita,"kata Malini.

"Ok, tapi aku lapar. Marilah kita cari kedai lain,"ajak Azira.

"Jom!, aku belanja makan di Sila Rasa,"kata Malini.

Azira menggangukkan kepala.