Friday, January 8, 2010

Kakak sudah sekolah....


Hari pertama kakak masuk tadika. Sengaja ambil ½ cuti sehingga Khamis. Alasan utama bimbang kakak menangis. Lagipun kakak boleh dikategorikan sebagai cerewet. Tandas mesti bersih. Makan jika di luar mesti guna sudu. Barang-barang cuma boleh pinjam kalau di benarkan. Cerewet dalam soal berkawan. Kalau agak-agak dia tak suka, jangan harap dia akan tegur orang itu. Aku dan abahnya cakap kakak ni ala-ala mak datin….

Hari pertama hantar, kakak relaks sungguh. Tidak nampak rasa ragu-ragu pada wajahnya. Biasanya setiap pagi belikan donut, tapi kali ini hanya hendak makan roti berperisa strawbery. Jadi duduklah di hadapan kelas menunggu. Reaksi pertama cikgu, “bagusnya dia berani. Tak menangis,” sedangkan ada pelajar lain sampai kena dukung dengan cikgu.

Masa makan, kakak makan langsung tidak ada komplen. Rasa hairan juga. Hari kedua waktu masih awal (sebab sekolah mula 8.30am masa tu belum pukul 8 lagi) jadi ajak dia minum dahulu. Oh ! tidak mahu makan, asyik tanya « sekolah kakak sudah buka ke ? » akhirnya hantar ke sekolah. Gembiranya dia. Tak sabar turun daripada kereta.
Akhirnya hari kedua, tidak ambil pun cuti ½ . Lepas hantar kakak terus masuk pejabat.

Hari ini sudah hari kelima kakak sekolah. Dia mesti hendak pergi awal walaupun jam belum pukul 8 pagi. Alasan kawan tunggu. Hinggakan tidak sempat makan roti.

Harapnya semangat hendak ke sekolah terus membara biar pun sudah lama meninggalkan sekolah tadikanya.

Oh! adik pula moyok sebab tidak ada kawan bermain. Kakak sekolah dan sibuk dengan kerja rumah…heheheh kasihan pula adik sebab bila kakak balik terus peluk…..