Tuesday, December 29, 2009

Azam….



Azam baru tidak kira sama ada di buat setiap tahun mahu pun setiap bulan. Dan mungkin ada yang terlebih bersemangat lalu berazam setiap hari…
Perlu atau tidak membuat azam baru setiap tahun terpulang kepada setiap individu.

Mungkin ada yang hanya sekadar memberbaharui azam lama. Tambah warna, sembur sikit haruman atau letakkan lilin aromaterapi dan tanam pokok bunga atau ubah landskap, maka azam lama akan jadi cantik dan rasa bersemangat setiap kali melihat azam itu.

Ada juga yang membuat azam baru. Setiap tahun tanpa rasa jemu. Senarai azam baru panjang sekali. Ada pilihan. Jika tidak berjaya mencapai Azam ‘A’ maka masih ada Azam ‘B’ atau ‘C’ mahu pun ‘D’.

Apa pun beringat-ingat setiap kali menanam azam. Biarlah ianya sepadan dengan kudrat diri sendiri. Jangan terlebih berazam sehingga apabila tahun berakhir, azam yang satu masih belum terlaksana walau separuh jalan.

Salam tahun baru 2010…