Friday, October 30, 2009

Penghargaan…


Pernahkah kita bekerja dengan seorang kakitangan yang cekap?. Hampir kesemua kerja bergantung kepadanya. Seolah-olah tanpa dia syarikat akan hancur dan lingkup. Dia melakukan kerja dengan tekun sekali. Malah ada kalanya beberapa tugasan dalam satu masa. Paling parah jika semua tugasan itu penting. Bukan kerana dia tidak tahu membezakan antara yang penting dan paling penting…tetapi kerana bos kata semua tugasan paling penting dan selalu diberikan pada saat-saat terakhir.

Maka pekerja tadi tiba-tiba seolah-olah mempunyai kuasa. Mampu menyelesaikan tugasannya dengan baik. Si Ketua kemudian rasa tidak puas hati kerana pekerja mampu melakukan semua itu. Di beri lagi tugasan yang tidak munasabah…tetapi orang teraniaya dan lemah sentiasa di bantu…tugasan selesai.

Kadang-kadang terfikir apakah ketua ini terlalu buta kerana tidak tahu menghargai pekerja tadi. Memang secara logiknya pekerja seperti itu boleh di dapati dengan mudah. Hanya dengan satu iklan akan berduyun-duyunlah mereka datang…Adakah mereka ini seperti pekerja tadi…cekap bekerja walaupun tanpa kelulusan hanya berpandukan pengalaman…

Biasalah, jarang orang menghargai apa yang terbaik di sekeliling mereka. Selepas yang terbaik hilang…mungkin ada sedikit penyesalan. Atau langsung tiada penyesalan…