Tuesday, October 20, 2009

Tidak sengaja atau...



Pernahkah tiba-tiba seorang rakan kita memendam rasa marah terhadap kita, tanpa kita ketahui sebabnya. Atau tanpa kita sedari bahawa dia sedang memarahi kita sebenarnya?.

Kita pula, secara sedar atau tidak hanya bersikap seperti biasa. Menganggap tidak ada apa yang berlaku atau mungkin kawan itu sedang menghadapi penyakit bulanannya.

Sama ada sengaja atau tidak, mungkin kita perlu sedikit perihatin dengan segelintir kawan/sahabat yang mudah tersinggung. Mungkin kita tidak bermaksud untuk menyinggungnya tetapi apakan daya.

Kadangkala kita pula yang menjadi mangsa. Entah mengapa dan apakah sebabnya secara tiba-tiba kawan kita bagai diserang gempa bumi. Tiba-tiba menyindir kita.

Apa yang berlaku kadangkala bukan disengajakan, tetapi ada juga yang disengajakan. Mungkin sakit hati dengan kelebihan orang lain atau marah orang lain, tetapi hamburkan kemarahan kepada orang lain.

Mungkinkah ini sesuatu yang disengajakan?