Tuesday, March 10, 2009

Perjumpaan & Pertemuan

Bulan Februari yang lalu ada jemputan perjumpaan penulis-penulis PTSOne. Sayang sekali aku tidak dapat menghadirkan diri kerana tugas. Walaupun hati teringin sekali untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Teringin sekali berjumpa dengan Kak Zee (hmm kali terakhir berjumpa dua yang lalu). Teringin juga berjumpa dengan En Alif Jepun...mungkin ada perkembangan terbaru tentang novel fiksyen fantasi yang kami tulis bersama.

Tetapi hendak buat macam mana. Orang kerja makan gaji memang kena mematuhi arahan syarikat. Selepas beberapa hari pertemuan itu berlangsung, aku hantar YM kepada Encik Alif (editor PTSOne) untuk mendapatkan maklumat berkenaan perjumpaan itu.

Semoga tahun ini aku mampu menyumbangkan sesuatu untuk PTSOne. Tempat aku mula menulis dan menghasilkan buku.

Hujung bulan ini pula ada perjumpaan penulis dan bakal penulis Pekan Ilmu. Harap-harap kali ini tiada halangan walaupun perjumpaan akan diadakan pada hari Sabtu. Tidak sabar rasanya hendak berjumpa dengan rakan-rakan baru... sesuatu yang baru pasti akan dapat dikongsi bersama....