Friday, November 19, 2010

Kebetulankah....


Kita mempunyai kawan. Satu masa semuanya membawa haluan sendiri. Selepas beberapa tahun bertemu dengan kawan-kawan lain. Saling bertukar cerita dan meneruskan persahabatan. Tetapi kita tetap bertanya tentang kawan-kawan yang tidak dapat dihubungi, erti kata lain hilang tanpa dapat dikesan oleh radar. Ada satu masa ingatan terhadap kawan ini kuat dan sesekali terpandang seseorang yang seakan sama dengan kawan ini. Dalam hati cuma berharap kawan yang hilang ini dapat ditemui supaya rangkaian kawan yang terputus menjadi lengkap.
Takdir tuhan…pertemuan yang memang tidak disangka. Bila bercerita kembali…oh, rupanya kawan ini juga tinggal berhampiran, pergi ke pasar raya yang sama dan paling penting sebenarnya kawan ini berada begitu dekat dengan kita. Hanya kuasa Allah belum mahu kita bertemu….DIA pasti akan menemukan kita dengan kawan satu masa nanti.
Alkisahnya…Kami (hubby dan saya) bertemu dengan seorang kawan sepejabat yang telah terpisah lebih daripada 12 tahun. Tidak ada siapa dalam jabatan kami tahu ke mana dan di mana dia. Kawan ini seolah-olah hilang daripada radar. Hingga kami sangka dia sudah berada luar daripada Malaysia. Hakikatnya…dia tinggal berdekatan dengan kami. Kawan ini mengakui seakan pernah ternampak kami tetapi takut hendak menegur, bimbang salah orang. So to all Ex-Media Services…bila kita boleh buat gathering…ahli dah cukup….errr boss leh sponsor…heheheh