Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada semua bekas guru saya tidak kira walau dimana pun cikgu berada. Semoga cikgu-cikgu sentiasa sejahtera selalu.

Sangat berbeza sambutan Hari Guru semasa zaman saya bersekolah. Dahulu kami anak-anak kampung memang tidak ada duit yang banyak untuk beli hadiah kepada cikgu-cikgu yang mengajar. Kami hanya mampu beri ucapan dan jamuan untuk guru kelas. Itu pun kawan-kawan sekelas berkongsi bawa makanan dan minuman. 

Sekarang pelajar beli hadiah yang mahal-mahal untuk guru. Semalam saya memang terkejut bila terdengar perbualan seorang pelajar dengan ibunya. Pelajar itu mahu beli teddy bear besar berharga RM50 sebagai hadiah untuk gurunya. Wah, bertuahnya cikgu sekarang...hmm mungkin ada pelajar yang berkemampuan beli ipad untuk cikgunya....

Terfikir pula apa perasaan pelajar yang kurang mampu...sedikit sebanyak mereka mesti terasa melihat kawan-kawan membeli hadiah yang mahal untuk guru mereka. 

Apa-apa pun saya rasa hadiah yang terbaik untuk seseorang guru adalah kejayaan pelajar-pelajarnya....:)