Monday, July 25, 2011

Susun Selipar dan Kasut!



Suatu masa dahulu, semasa saya menghadiri ceramah yang diberikan oleh seorang penceramah terkenal lagi ternama. Katanya sukar sekali untuk membuang rasa ego dan sombong yang ada dalam diri kita. Tetapi jika kita berhasrat untuk membuangnya, boleh cuba untuk melakukan ini “susun selipar yang sama ada di masjid, di surau, di pejabat (jika tidak memakai kasut semasa memasukki pejabat). Dan lihat jika rasa malu kita tebal atau tidak. Maklumlah kasut dan selipar itu ada bau yang istimewa. Tidak semua orang sanggup melakukannya. Seorang rakan pernah bertanya pendapat saya tentang mengurangkan rasa ego seseorang yang rapat dengannya. Saya cadangkan perkara yang sama. Kawan itu sendiri tidak sanggup dan bagaimana pula hendak mencadangkan kepada orang lain. Tapi saya tidak salahkan rakan itu. Saya tahu sukar untuk melakukannya. Tetapi tidak salah untuk mencuba kerana hasilnya amat berbaloi untuk satu jangkamasa yang amat panjang. Susun selipar dan kasut!