Thursday, June 30, 2011

Sahabat dan Pertemuan


Adakalanya kita rasa teringin hendak berjumpa dengan kawan yang telah lama terputus hubungan. Mungkin sekadar hendak bertanya khabar atau bercerita tentang kegembiraan masa lalu. Kita juga mengharapkan agar kawan itu masih seperti yang kita kenal. Walaupun kita sedar, tahun-tahun yang berlalu pasti mengubah salah seorang daripada kita. Jadi bila salah seorang berubah mengikut masa dan persekitaran, maka selalunya pertemuan yang diharapkan akan menyambung semula yang putus akan jadi janggal. Lantas selepas pertemuan yang memang dinantikan, akan jadi pertemuan terakhir. Sebabnya, kita atau kawan itu tidak lagi selesa berbual dan berkongsi cerita seperti masa lalu.
Mungkin kita patut mengharapkan pertemuan itu selepas sekian lama terpisah. Hanya jangan meletakkan harapan bahawa kawan kita masih seperti dahulu. Bimbang kita atau kawan itu akan kecewa. Kita perlu menyesuaikan diri dengan perubahan agar persahabatan yang terjalin semula berkekalan.