Monday, April 13, 2009

Kuih Jongkong

"Kuih apa yang kau beli?"tanya Maria.
Dia melihat Aini meletakkan kuih didalam pinggan. Melihat balutan kuih itu sahaja sudah mematikan seleranya. Daun pisang yang nampak kusam.
"Eiii, entah apalah rasanya kuih itu?"detik hati Maria.
Maria tidak puas hati apabila Aini masih mendiamkan diri. Soalanya tadi masih belum berjawap.
Maria berdiri dibelakang Aini,"Kamu beli kuih apa?. Jangan jangan selepas makan nanti kamu sakit perut. Keracunan!."
"Kuih jongkong,"balas Aini lalu melangkah kedapur.
"Kuih jongkong,"bisik Maria.
"Wah! kaya kamu makan kuih jongkong. Ini jongkong timah atau jongkong emas,"sindir Maria.
Jarinya menguis pembalut kuih itu. Dia tahu kawan sebiliknya suka benar makan kuih yang pelik-pelik. Tiba-tiba Maria rasa geli.
"Apa yang kamu kuis-kuis itu?"soal Aini tiba-tiba dari belakang.
Maria terkejut. Cuba menyembunyikan rasa malunya.
"Jangan bimbang. Kamu tidak akan mati bila makan kuih ini,"kata Aini lalu tersenyum.
"Kalau mati pun, mesti mati dengan perlahan-lahan,"usik Aini.
Kemudian Aini membuka bungkusan kuih jongkong. Dengan lafaz bismillah dia menyuap kuih itu kedalam mulutnya.
"Hmmm sedap," kata Aini lagi.
Entah mengapa, tiba-tiba Maria rasa ingin mencuba. Perasaan ingin mencuba semakin kuat daam dirinya.
"Boleh rasa?"tanya Maria tanpa rasa malu.
Aini menghulurkan satu bungkusan yang masih belum dibuka kepada Maria. Perlahan Maria membuka bungkusan tersebut. Didalamnya kelihatan seperti kuih koci. Tetapi ada santan cair. Kemudian mengambil sedikit lalu menyuapkan kedalam mulut. Aini menanti komen dari Maria. Tetapi sehingga habis sebungkus kuih jongkong Maria tidak berkata walau sepatah pun...
"Err! Aini besok kamu belikn lagi kuih jongkong. Sedap pula,"pinta Maria