Monday, June 27, 2011

Sebuah kisah


“Kak, nak beli keropok?. Sepeket RM25 saja,” kata si penjual.
Saya yang sedang menunggu Inche Hubby sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepala tanda tidak mahu membeli. Sangka saya, si penjual akan berlalu selepas melihat gelengan saya, tetapi dia menghampiri saya.
“Kak, saya ini orang susah. Datang jauh dari Patani untuk jual keropok. Tolonglah beli sebungkus keropok saya,” dia menghulurkan bungkusan keropok kepada saya.
Saya,” Tak mengapa, terima kasih.”
Sambung si penjual,”Kak, kalau saya senang tentu saya tidak sampai ke sini. Lebih baik saya duduk di Patani sambil bermain dengan anak-anak dirumah. Hari ini saya belum makan lagi, tolonglah beli keropok saya.”
Saya memandang dia. Berfikir apa yang patut saya lakukan. Sebabnya ini bukan kali pertama saya berjumpa orang menjual keropok di sekitar tempat saya bekerja. Sebab lain, harga sepeket keropok RM25….huhuhu saya baru sahaja beli keropok daripada jenis ikan yang sama, dengan saiz paket yang serupa, keropok pun tidak nampak hancur dengan harga kurang daripada RM14. Saya bukan memandang rendah dengan mereka, mungkin itu cara mereka mencari rezeki, tapi harga keropok tu…owh tak sanggup…
Selepas penat bercakap, si penjual berlalu meninggalkan saya….