Tuesday, September 21, 2010

Rutin Raya…..

umah atuk sudah tiada…huwaaa(dalam hati)….. sedihnya bila balik kampung (walaupun saya tinggal di kampung) tengok rumah lama atuk sudah diroboh dan digantikan dengan rumah baru yang lebih selesa dan besar. Oh, memang patut pun pakcik buat begitu sebab dia sekeluarga yang tinggal dan menjaga rumah arwah atuk. Kebetulan pula, pokok duku langsat yang arwah tanam di tepi bukit berbuah…dan rasanya sungguh manis. Teringat dulu arwah wan pernah beritahu pokok itu jarang berbuah dan kalau ada pun buahnya masa. Sebenarnya balik kampung sekadar menziarahi pusara atuk dan wan. Sudah berbelas tahun berlalu, tapi saya masih belum mampu menghampiri pusara mereka berdua…sekadar berdiri dari jauh…kenyataan itu memang sedih…errr tak boleh tulis banyak-banyak tentang arwah nanti banjir pula. Sebab itu rasa satu macam bila lihat rumah asal telah tiada….yang tinggal hanya gambaran rumah lama yang kekal dalam ingatan sahaja…

Rutin menyambut hari raya sama sahaja seperti yang lepas…sehari sebelum raya balik kampung bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang daging dan masak ayam masak merah…sehari sebelum tu sudah bertungkus lumus menyiapkan kek lapis untuk keluarga…10 ketul kek lapis…dari pagi sampai petang….sambung bakar 2 ketul kek coklat pula…rumah sendiri…tak ada apa-apa pun…hanya selepas 3 hari raya baru kukus 3 ketul lagi kek lapis…tapi semuanya untuk dijadikan buah tangan…

Hari raya pertama…rumah nenek memang macam rumah terbuka…tetamu mula datang selepas solat jumaat….ramai...terlalu ramai…tapi sudah biasa sebab sudah bertahun-tahun begitu. Cuma tahun ini, lemang, ketupat, rendang dan ayam masak merah habis sebelum Syawal pertama melabuhkan tirainya…Syukur…tapi kasihan pula dengan rombongan yang selalunya datang bertandang pada hari raya kedua dan ketiga….

Yang tidak ada raya tahun ini adalah tapai pulut manis dan kuih bauhu yang memang menu tradisi setiap tahun. Sebabnya… harapnya saya berpeluang untuk belajar membuat tapai pulut, memukul telur untuk kuih bahulu secara manual….

Resipi Ais Tanpa Krim Istimewa daripada Alia Najihah



Aiskrim Asam Boi

Bahan-bahan

* Air gula (manis ikut citarasa masing2x)
* Daun pandan
* Asam Boi merah(Klu nak blh di potong 2)
* Plastic Aiskrim

Cara-cara

1.mudah sahaja cuma masak gula bersama daun pandan
2.bila agak larut gula dan pekat sedikit tutup api & sejukan
3.masukkan asam boi merah tadi kedlm plastik Aiskrim
4.setelah air gula tadi sejuk baru masukan/tuangkan kedalam plastik yg sudah berisi asam boi tadi
5.kemudian simpulkan hujung plastik tadi & siap
6.masukkan kedlm peti sejuk dan setelah keras sedia utk di makan.
7.(Saya biasa buat byk air gula boleh disimpan utk lain kali)


Selamat Mencuba!!!!!!!

Monday, September 6, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Resipi dari Puteri Auni Cute

Saya ingin sekali berkongsi resepi aiskrim goreng yang sedap ini (Belum cuba tapi sudah dapat membayangkan kesedapannya...hmmm)


Bahan - bahan :
-ais krim(nestle)

-1 biji telur
-1 cawan tepung gandum
-air
-2 cawan breadcrumb

-1 cawan cornflakes

-1 cawan coco crunch

- Jem strawberry
Cara- caranya :
1) Tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan
2) Campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan
3) Mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
4) Celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..
5)Bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.
6)Bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.
7)Bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.
8)Apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.
9)Jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)

Cadangan Hidangan: Letakkan ke dalam pinggan dan hidang kan dgn jem yang sudah di masak sebagai pencecah.

Tambahan: Makan sewaktu ia panas..kerana di luar panas dan di dalam nya pula sejuk.

* Cuba tau...jangan tak cuba...resepi dan cara membuatnya juga senang.

Wednesday, August 25, 2010

Bila Sakit....



Terasa lama tidak menulis sesuatu dalam blog ini. Terlalu banyak perkara yang berlaku. Bermula dengan serangan demam semasa hari pertama berpuasa dan berlanjutan sehingga seminggu puasa. Nasib baik demam menyerang seorang demi seorang dalam rumah dan bukan semua demam sekaligus. Jika tidak...harus semua yang ada dalam rumah pakat-pakat berlawan batuk dan bersin siapa paling kuat.

Bila demam mood untuk menulis terus terpadam. Cik I berlegar-legar walaupun sudah di nasihatkan supaya beratur menunggu giliran. Bosan agaknya Cik Idea kerana giliran mereka belum juga sampai. Macam mana tidak bosan, Cik Otak arah Cik Mata, pejam dan fikirkan sekarang sedang berada di Pulau Sipadan berehat....Oh, tapi dalam masa yang sama Cik I pula mendesak untuk keluar...tetapi akhirnya kalah juga dengan desakkan Cik Otak yang berkuasa dengan sokongan Cik Ubat...jadi 2 hari MC digunakan untuk rehat dan tidur...novel juga tidak disentuh langsung...

Harap selepas ini semangat kembali seperti biasa. Masih cuba melepaskan diri daripada kongkongan Cik Ubat...

pssttt...terima kasih pada Cik Farah sebab tolong buatkan dedikasi...jasamu ku kenang...heheheh nanti tolong la lagi ya....

Friday, July 23, 2010

Syukur...syukur




Alhamdullilah, hanya itu yang mampu diucapkan sebaik sahaja dapat memegang, membelek dan memeluk baby baru. Walaupun ini bukan baby yang pertama, namun perasaannya tetap sama seperti pertama kali menerima baby. Harapan semoga baby ini disayangi oleh semua.

Malam tadi rasa serba tidak kena selepas dihubungi oleh Cik Ann, mengatakan baby sudah ada dan bersedia untuk diambil. Hati rasa berdebar-debar semasa menyediakan bancuhan kek coklat berlapis cheese. Tidak pernah terjadi menjenguk oven lebih dari 10 kali untuk melihat apa yang berlaku. Oh, sungguh meresahkan. Selalunya biarkan sahaja adunan dibakar mengikut masa yang ditetapkan dan hanya menjenguk sekali dua sahaja. Tetapi malam tadi "sejarah telah tercipta". Begitulah resahnya seorang mama menunggu kehadiran baby baru.

Pagi tadi Mr Hubby pergi menjemput baby (Terima kasih, Mr Hubby). Dan menyerahkan kek yang telah dibakar semalam kepada keluarga angkat baby (Terima kasih kerana menjaga baby dengan baik sekali!). Akhirnya baby sampai juga ke tangan mama....

Rasa gembira...hendak melompat pun ada...tidak sabar menunggu komen abang dan kakak-kakak tentang adik baru mereka...heheheh

Wednesday, July 14, 2010

Cover Ais Tanpa Krim - Syukur

Alhamdullilah...terima kasih kepada semua yang membantu...



terima kasih sekali lagi...saya suka cover ni manis semanis ais tanpa krim....hmmm

Aiskrim Durian?

Musim durian lagi. Anak-anak dah sibuk suruh nenek buat aiskrim durian. Nenek angguk aje sebab tahun ni buah durian kurang elok. Banyak buah yang masih muda luruh. Manggis, pulasan langsung tidak nampak bayang. Langsat ada sikit-sikit tapi masa masuk kebun minggu lepas rasa langsat masih masam walaupun dah kuning.

Jadi sabtu hari yang sibuk dan ahad hari penat…heheheh…

Tengoklah, kalau senang hari sabtu teringin hendak mengolah resepi aiskrim durian. Itu pun kalau durian yang gugur masak sempurna…kalau separuh masak atau tidak masak langsung…hmmm simpan sahaja la hasrat murni…

Tuesday, June 22, 2010

Gambar Aiskrim Hilang?



Hampa betul bila gambar yang diambil minggu lepas hilang…(hilang ke atau tidak pandai simpan…syyyy malunya).
Gambar aiskrim strawberi yang mak buat tinggal beberapa batang saja. Cuti sekolah mak memang tidak buat aiskrim sebab semua askar balik bercuti. Inilah masanya semua askar merasa aiskrim mana yang sedap dan menjadi pujaaan hati.

Minggu lepas hanya tinggal aiskrim yang kureng menjadi pilihan askar-askar ini. Macam mana pun mak minta askar-askar ini makan juga sebab minggu persekolahan mak selalu buat aiskrim baru….


Aiskrim laici dan tebu yang dibawa balik pun dah selesai…Tidak mengapa, hujung minggu balik rumah mak ambil lagi.

Tuesday, June 15, 2010

Aiskrim Tebu + Limau Nipis

Bahan-bahan

1 cawan air tebu
1 biji limau nipis
(Perah airnya)

Cara-caranya

1. Campurkan kedua-dua air.
2. Pastikan rasanya sedap.
3. Masukkan dalam plastik aiskrim
4. Ikat dan simpan dalam peti sejuk sehingga beku...
5. Sedia untuk dimakan...