Wednesday, February 18, 2009

Antara Hasrat dan Impian...





Satu masa dahulu pernah menyimpan hasrat untuk menulis. Walaupun keinginan itu tidak kuat. Tetapi keazaman untuk memiliki novel amat tinggi. Sedihnya masa itu mana ada duit hendak beli novel. Jadi belanja sekolah di simpan semata-mata hendak membeli buku yang diminati. Pernah sekali dua menangis kerana kehilangan novel kesayangan. Puncanya kerana terlalu baik meminjamkan novel kepada teman. Teman itu pula entah bagaimana terlupa dan terus "terhilangkan" novel tersebut. Apalagi berlinangan airmata memikirkan betapa susah payahnya mengumpul duit belanja sekolah selama berbulan-bulan. Tapi kalau sudah bukan rezeki, ianya tetap bukan rezeki.

Sekarang sudah bekerja. Kelebihan untuk membeli novel memang sentiasa ada. Jualan Gudang Alaf21 dan Utusan Publication memang dinanti-nantikan untuk membeli buku bahasa malaysia. Jualan Gudang MPH pula untuk buku-buku bahasa inggeris. Tidak lupa juga Pesta Buku Antarabangsa setiap April. Ini adalah aktiviti wajid hadir untuk setiap tahun. Anak-anak pun sudah mula menyintai buku...eh nampak gayanya satu bilik kena ubah suai jadi library. Hmm bagus juga sebab abang sekarang sudah jadi pengawas pusat sumber sekolah....