Monday, February 2, 2009

Jualan Gudang...

Seronoknya apabila membaca tajuk diatas. Lebih seronok lagi jika kita sama-sama memeriahkan jualan gudang.

Sabtu yang lepas 31 Jan 2009, saya pergi ke jualan gudang anjuran Alaf 21. Ya! jualan novel-novel ,buku-buku masakan dan buku-buku motivasi. Yahooo!!!! seronoknya... rambang mata melihat buku yang banyak. Rasa macam nak beli semua sekali...:). Kebanyakkan buku diberi diskaun 30%. Hehehehe...berkira-kira berapa budget nak beli buku...sebab ada satu lagi jualan gudang iaitu Utusan Publication.

Tetapi apa yang menarik, Alaf 21 menyediakan minuman sejuk dan makanan ringan untuk pengunjung yang datang. Inilah pertama kali saya melihat jualan gudang yang menyediakan air dan makanan ringan secara percuma. Layanan dari petugas juga bagus...

Semoga tahun hadapan Alaf 21 akan mengadakan jualan gudang sekali lagi...Hmm lepas ini Pesta buku antarabangsa pada bulan April....