menjadi raksaksa yang ganas dengan matanya hampir sebesar aku...huhuhu
...huh!Mana tidaknya aku terkejut...dia pergi tanpa sepatah kata. Tiada langsung membayang-bayangkan dia akan mengucapkan selamat tinggal...
Bukan marah (tetapi rasa geram tetap ada...aku manusia biasa)
Hmmm mungkin dia tidak mahu berterus terang atau terlupa...Tidak mungkin kerana aku patut dan perlu tahu. Sekarang siapa yang susah...AKU...sebabnya terpaksa bermula dari awal. Mencari dengan siapa patut berurusan. Yang membantu sekadar memberitahu, mereka sementara sahaja melakukan kerja itu sementara menanti penjawat baru datang.
Aduhhh sakit kepala. Kadang kala ini terjadi juga walaupun selama ini aku berhati-hati dengan apa jua urusan. Tetapi kuasa Allah tiada siapa mampu menandinginya.