Monday, June 22, 2009

Lega...

20hb June...berlangsungnya Seminar Jana Wang dengan Menulis di Vistana Hotel. Aku berbangga menjadi salah seorang peserta seminar. Bangga wei...

Tetapi sehari sebelum itu aku rasa lega kerana masalah yang mengharu biru yang berlaku pada hari itu selesai dengan baiknya...Huh lega sangat..

Pasal seminar...seramai 50 orang peserta menghadirinya. Majoriti peserta adalah dari institusi pengajian (pensyarah la tu), Maktab (pensyarah juga), ushawan, doktor, ustaz dan yang sejawatan dengannya. Aku hanya sekadar semut merah..hahahah memang kecil sungguh aku jika hendak dibandingkan mereka...Bagai bumi dan planet pluto...Kemudian soalan yang di kemukakan sungguhlah ilmiah. Malahan buku yang dirancang hendak di tulis juga buku-buku non-fiksyen atau buku-buku ilmiah berbeza sungguh dengan aku yang hendak menulis buku buku fiksyen, buku kanak-kanak atau buku fantasi....
Heheheheh tiba-tiba rasa rendah diri pula...tetapi kalau semua orang tulis buku serius siapa pula yang akan tulis buku tidak berunsur serius...orang itu adalah aku...heheheh IT'S ME! yes...yes...sebab itulah kena tulis juga....